Amyza Aznan pula saman Zarina Anjoulie RM1 juta | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Amyza Aznan pula saman Zarina Anjoulie RM1 juta

Penulis: Ashraf Nasser

 Nampaknya kes saman menyaman Amyza Aznan dan Zarina Anjoulie akan berpanjangan.
Nampaknya kes saman menyaman Amyza Aznan dan Zarina Anjoulie akan berpanjangan.

6 Jul– Pelakon Amyza Aznan telah memfailkan saman lebih RM1 juta terhadap pelakon dan usahwan Zarina Anjoulie dalam penyataan pembelaan terhadap saman dan penyataan tuntutan oleh Zarina sebelum ini.

Menurut laporan dari Harian Metro, Amyza dalam tuntutannya turut memohon perintah injuksi bagi menghalang Zarina atau mana-mana ejennya daripada menerbitkan semula kenyataan fitnah yang telah diterbitkan.

Selain itu, dia turut menuntut Zarina membuat permohonan maaf dan ia perlu disiarkan di media cetak dan di laman sosial Facebook dan Instagram milik pelakon itu.

Terdahulu, Amyza turut memfailkan memorandum kehadiran pada 1 Julai selepas carian fail mengenai kertas-kertas kausa tindakan guaman yang dibawa Zarina berjaya dilakukan melalui e-kehakiman.

Dalam pada itu, Amyza dalam pernyataan pembelaan menafikan mengeluarkan perkataan-perkataan fitnah terhadap Zarina melalui aplikasi Telegram kumpulan SENIMAN dan turut menyangkal dakwaan kononnya hantaran di aplikasi Instagram miliknya merupakan fitnah kepada Zarina.

Tindakan oleh Amyza ini dibuat selepas Zarina menerusi penguamnya telah membuat permohonan di Mahkamah Tinggi bagi memasukkan penghakiman terus selepas pelakon itu tidak menjawab notis tuntutan permohonan maaf secara terbuka dan membayar pampasan penyelesaian.

Selain Amyza, Zarina turut memfailkan saman RM1 juta terhadap seorang lagi pelakon Emelda Rose atas sebab sama iaitu mencemarkan nama baik dan reputasinya menerusi kenyataan berniat jahat di laman sosial.

(Sumber foto: NST)

Cinema Online, 06 Jul 2020

Waktu Tayangan