Anak Aamir Khan, Junaid tak jadi debut dalam 'remake' filem "Ishq" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Anak Aamir Khan, Junaid tak jadi debut dalam 'remake' filem "Ishq"

Penulis: Nisa Irina

Junaid Khan sedang cuba sehabis baik untuk dapatkan debut filemnya.
Junaid Khan sedang cuba sehabis baik untuk dapatkan debut filemnya.

28 Okt – Anak sulung kepada bintang Bollywood popular Aamir Khan, iaitu Junaid Khan tidak akan membuat debut dalam 'remake' filem Malayalam "Ishq" versi Hindi seperti mana yang tular di media baru-baru ini.

Difahamkan Junaid, yang kini mempunyai karier sebagai aktor teater selama tiga tahun, telah pun menyertai sesi uji bakat untuk watak utama filem berkenaan, namun gagal untuk ke peringkat seterusnya.

"Junaid tidak akan membuat debut filemnya menerusi 'remake' filem Malayalam "Ishq" versi Hindi. Dia telah menyertai uji bakat tetapi tidak berjaya.

"Dia telah bertemu dengan ramai pengarah uji bakat untuk berbincang mengenai peluangnya dan menawarkan uji bakat filem kepadanya namun masih belum dipilih untuk sebarang projek buat masa ini.

"Junaid akan teruskan lakonannya dalam bidang teater. Dia sedang berusaha sehabis baik secara sendirian dan dia tidak mahukan sebarang pertolongan daripada Aamir Khan," dedah sumber yang dipetik dari Miss Malini.

Sehubungan dengan itu, terdapat laporan yang mengatakan aktor Ritwick Bhowmik telah dipilih untuk menggalas watak utama dalam 'remake' filem tersebut.

Terdahulu, Junaid pernah terlibat dalam menjayakan rancangan TV "Masterminds". Selain itu, dia juga pernah bertindak sebagai penolong pengarah kepada Rajkumar Hirani menerusi filem Aamir Khan, "PK".

(Sumber: Miss Malini)
(Sumber foto: Hindustan Times)

Cinema Online, 28 Okt 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan