Kongsi nasihat kecergasan, Anil Kapoor jadi bualan gara-gara foto tak berbaju | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Kongsi nasihat kecergasan, Anil Kapoor jadi bualan gara-gara foto tak berbaju

Penulis: Nisa Irina

Anil Kapoor akui perlukan sokongan keluarga untuk disiplinkan diri.
Anil Kapoor akui perlukan sokongan keluarga untuk disiplinkan diri.

23 Okt – Bintang Bollywood veteran Anil Kapoor berjaya menarik perhatian ramai apabila dia berkongsikan beberapa keping foto tidak berbaju di laman Instagram miliknya untuk menceritakan perjalanan amalan hidup cergas.

Seperti sedia maklum, Anil merupakan salah seorang daripada selebriti-selebriti Bollywood yang sentiasa dipandang sebagai inspirasi dan idola para peminat jika bercakap soal rutin hidup sihat dan kecergasan.

Anil yang dilihat sedang bersiar-siar di tepi pantai dan bersantai di kolam renang dalam foto-foto itu berkongsikan cara untuk dia mendapatkan tubuh badan yang ideal serta perjalanannya mengatasi kelemahan diri sepanjang tempoh kuarantin.

"Semua orang ada titik kelemahan. Saya punya adalah makanan. Sifat Punjabi dalam diri saya sentiasa ingin puaskan deria rasanya dan mata saya lebih besar dari perut saya. Ketika kuarantin, saya menetapkan satu tugasan untuk mencapai tubuh badan ideal.

"Penampilan ini memerlukan cara pemakanan yang baru. Harsh dan jurulatih saya, Marc, sentiasa mengingatkan saya untuk mengawal pemakanan. Saya cuba sehabis baik. Ada masa saya gagal. Dan apa yang belajar adalah rantaian itu sama kuat dan sama lemah.

"Maka semua yang ada di rumah perlu terlibat sama. Daripada yang memasak untuk saya hinggalah yang makan bersama-sama saya. Amalan kecergasan ini memerlukan sokongan dan galakan semua orang," tulisnya.

 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

This papa doesn't preach, just removes his top and walks to the beach 🏖 Everyone has a weak point. Mine is food . The Punjabi boy in me needs the taste buds ignited, my eyes always bigger than my belly 🙈 During lockdown, I have set myself the task of achieving a new sharper look. This new look needs a new approach to eating . Both Harsh and my trainer Marc have taken it upon themselves to remind me constantly and lay down eating plans . I try and I battle . Some times I even fall. And what I've learnt through it all is that a chain is only as strong as it's weakest link . So everyone in the house had to get involved . From those who kindly cook my food to the support of my family gathered round me at meal time . Fitness is never a one man/ women crusade , it's about support and encouragement when we need it the most . (Always get family involved and on board to help you in any diet if you wish to make it truely a success ) Is it easy ? Not always, if I am honest. Some days the Punjabi boy sulks a little, but then some days, like this day with this picture... it makes it all worth it...

A post shared by anilskapoor (@anilskapoor) on

Seperti yang dilihat di laman Instagram miliknya, Anil menanam disiplin dalam diri untuk terus melakukan aktiviti senaman dan kecergasan, biarpun alatan sukannya di rumah tidak mencukupi, sekaligus berkongsi tips-tips buat para peminat.

Kali terakhir Anil dilihat berlakon adalah menerusi filem thriller "Malang". Anil akan kembali beraksi di layar perak menerusi filem aksi "Mumbai Saga" dan juga sebuah filem sejarah yang akan diarahkan oleh Karan Johar.

(Sumber foto: Times of India)

Cinema Online, 23 Okt 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan