Buletin
Arja Lee utamakan pengajian buat masa ini


Tarikh disiarkan: 22 Januari 2020

Arja Lee mahu jaga imej supaya tidak lagi terpalit dengan sebarang kontroversi
Arja Lee mahu jaga imej supaya tidak lagi terpalit dengan sebarang kontroversi

22 Jan – Sejak kebelakangan ini kelibat pelakon sensasi Arja Lee sudah lama tidak kelihatan, dan puncanya bukan kerana dia sudah menyepikan diri dari dunia seni sebaliknya kini sedang mengikuti pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.

Menurut Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, dia masih lagi aktif dengan kerjaya lakonan tetapi lebih mengutamakan pengajiannya buat masa ini berbanding tawaran berlakon.

"Walaupun kehidupan sebagai pelajar memerlukan saya hadiri kelas termasuk menyiapkan tugasan tertentu, ia perkara begitu menyeronokkan. Ini kerana masa saya lebih fokus diisi dengan banyak perkara berfaedah menjurus pada menimba ilmu.


"Saya juga baru muncul dengan drama "Pesan Pada Hati" sebagai watak antagonis. Hingga kini saya masih tidak bersikap terlalu cerewet memilih watak. Bagaimanapun saya akan pastikan watak itu benar-benar sesuai," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Dalam pada itu, pelakon berusia 36 tahun itu berkata selepas bergelar sebagai pelajar ketika ini dia sangat menjaga imej diri dan tidak lagi mahu terpalit dengan sebarang kontroversi atau gosip.

Selain belajar dan berlakon, Arja juga kini menceburi bidang perniagaan dengan membuka Arja Art Academy yang sudah beroperasi sejak tiga bulan lalu.

(Sumber foto: Arja Lee Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:





Ticket Pricing Guide