Buletin
Ashwiny Iyer Tiwari pilih pelakon berdasarkan bakat


Tarikh disiarkan: 22 Januari 2020

Ashwiny Iyer Tiwari dan Kangana Ranaut sibuk mempromosikan filem
Ashwiny Iyer Tiwari dan Kangana Ranaut sibuk mempromosikan filem "Panga".

22 Jan – Pengarah Ashwiny Iyer Tiwari menegaskan proses pemilihan pelakon untuk membintangi filemnya tiada kena mengena dengan pemahaman politik mereka atau pendapatnya sendiri sebaliknya menitik beratkan bakat.

"Apabila memilih pelakon, saya melihat kepada kebolehan mereka untuk menjayakan watak. Sebagai seorang pengarah filem, saya nampak mereka menghayati watak masing-masing di skrin lebar dan ianya sangat penting.

"Jika saya asyik memikirkan bagaimana perwatakan mereka yang sebenar, saya tak akan mampu untuk mencipta sesebuah watak dan menonjolkan bakat mereka di skrin lebar," jelasnya yang dipetik dari Pinkvilla.

Sebelum ini, Ashwiny pernah bekerjasama dengan beberapa aktres seperti Swara Bhaskar dan Kriti Sanon. Terbaru, dia kini bekerjasama dengan Kangana Ranaut menerusi filem terbaru "Panga".


Selain Kangana, filem itu turut dibintangi oleh Jassie Gill, Richa Chadha dan Neena Gupta. Ia berkisar mengenai seorang bekas atlet Kabaddi yang ingin kembali menceburi sukan itu biarpun sudah berkahwin dan bergelar ibu.

Menurut Ashwiny, "Panga" terhasil dari keinginannya untuk meneroka kehidupan seorang wanita yang berhenti kerja selepas berkahwin selain ingin membikin filem tentang sukan Kabaddi.

Diterbitkan oleh Fox Star Studios, "Panga" akan menemui penonton di pawagam bermula 24 Januari ini.

(Sumber foto: Ashwiny Iyer Tiwari Instagram)
(Sumber artikel: Pinkvilla)

Penulis: Nisa Irina






Ticket Pricing Guide