2 Dis – Bagi para peminat yang rindu untuk melihat gandingan dua selebriti tersohor, Dato' Awie dan Erra Fazira, berita baik kerana mereka disatukan semula dalam telefilem komedi seram terbaru, "Sue-On". Sehubungan dengan itu, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, berkongsikan foto 'teaser' telefilem "Sue-On" menerusi laman Instagram miliknya.
View this post on Instagram A post shared by Ahmad Azhar bin Othman (AWIE) (@awieofficial)
A post shared by Ahmad Azhar bin Othman (AWIE) (@awieofficial)
Buah tangan terbaru garapan pengarah berkaliber Razif 'Ajiboy' Rashid itu diterbitkan di bawah syarikat produksi milik Awie, iaitu Rumah Produksi Merah. Buat masa ini, penggambaran masih berlangsung sejak hujung November lalu dan tiada butiran lanjut didedahkan memandangkan ia masih dalam proses produksi. "Sue-On" mengisahkan hantu Korea yang sesat di Malaysia. Kemunculannya telah menimbulkan huru hara dalam kalangan penduduk Kampung Tengah. Selain Awie dan Erra, telefilem itu turut menampilkan barisan pelakon dan pelawak hebat seperti Ropie, Reen Rahim, Achey, Azlee Senario, Nazia Mustafar, Sharwani NS dan ramai lagi. (Sumber foto: Awie & Erra Fazira Instagram)