Ayushmann Khurrana aktor India termuda disenaraikan dalam 100 Individu Paling Berpengaruh TIME 2020 | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Ayushmann Khurrana aktor India termuda disenaraikan dalam 100 Individu Paling Berpengaruh TIME 2020

Penulis: Nisa Irina

Ayushmann Khurrana harap dapat beri sumbangan besar kepada negaranya.
Ayushmann Khurrana harap dapat beri sumbangan besar kepada negaranya.

26 Sep – Aktor versatil Bollywood Ayushmann Khurrana berjaya melakar sejarah hidupnya apabila menjadi aktor dan pemuzik termuda yang tersenarai dalam 100 Individu Paling Berpengaruh TIME 2020.

Berita gembira itu telah diumumkan menerusi laman web rasmi TIME, berserta sedikit butiran mengenai Khurrana seperti yang dikongsikan oleh rakan selebritinya dan aktres Deepika Padukone, pada Rabu.

Menurut Deepika, Khurrana merupakan seorang aktor yang berani mencabar tanggapan stereotaip masyarakat menerusi pilihan-pilihan filemnya, sekaligus memberi impak besar dengan filem dan watak ikoniknya.

Tiada apa yang boleh digambarkan oleh tuan empunya badan selain rasa berbesar hati dan teruja kerana menerima pengiktirafan bertaraf antarabangsa sebegitu.

"Saya sangat berbesar hati dengan pengiktiran yang TIME berikan kepada saya. Sebagai seorang artis, saya hanya akan menyumbang terhadap perubahan yang positif dalam masyarakat menerusi filem.

"Jadi inilah detik yang memberi pengesahan terhadap kepercayaan dan perjalanan saya. Saya percaya bahawa filem mempunyai kuasa untuk mengubah sesuatu dengan perbualan yang betul dalam kalangan masyarakat.

"Saya berharap dengan pilihan kandungan saya, saya mampu untuk menyumbang kepada negara saya dan para penduduknya," ujar Khurrana dalam satu kenyataan yang dipetik dari India Times.

Untuk rekod, nama Khurrana mula menyinar di industri Bollywood setelah dia ditawarkan untuk membintangi filem "Vicky Donor" arahan Shoojit Sircar yang berjaya meraih kutipan pecah panggung secara global.

(Sumber: India Times)
(Sumber foto: India Words)

Cinema Online, 26 Sept 2020

Filem Berkaitan:
Dream Girl (Hindi) (13 Sept 2019)
Andhadhun (Hindi) (05 Okt 2018)
Shubh Mangal Saavdhan (Hindi) (01 Sept 2017)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan