Buletin
Ayushmann Khurrana pilih filem sesuai buat tontonan keluarga


Tarikh disiarkan: 21 Januari 2020

Ayushmann Khurrana bangga dapat terlibat dengan filem Shubh Mangal Zyada Saavdhan.
Ayushmann Khurrana bangga dapat terlibat dengan filem "Shubh Mangal Zyada Saavdhan".

21 Jan – Aktor versatil Ayushmann Khurrana memberitahu antara kriteria yang menjadi pilihannya dalam menerima tawaran filem adalah kandungan yang sesuai buat tontonan seisi keluarga.

Salah satunya adalah "Shubh Mangal Zyada Saavdhan", yang disifatkan sebagai sebuah filem yang mampu memberi impak kepada masyarakat.

"Sebagai seorang pelakon, saya ingin menghiburkan seramai penonton yang boleh. Bagi saya ia adalah sebuah filem penting yang perlu dibikin dan apabila saya mendapat tahu jalan ceritanya, serta merta saya sedar akan impaknya terhadap saya.


"Ia sebuah filem komedi yang mengandungi mesej sosial dan mampu dikaitkan dengan masyarakat. Jarang untuk kita lihat filem sebegini dibikin dan saya berasa bangga kerana terlibat dengan filem ini.

"Filem ini akan menyentuh hati penonton sekaligus memberi hiburan kepada mereka. Saya teruja menantikan tayangan "Shubh Mangal Zyada Saavdhan"," katanya yang dipetik dari Times of India.

Selain Ayushmann, filem itu turut menampilkan Jitendra Kumar, Neena Gupta, Gajraj Rao, Manurishi Chaddha, Sunita Rajwar, Maanvi Gagroo dan Pankhuri Awasthy.

Diarahkan oleh Hitesh Kewalya di bawah terbitan Aanand L. Rai dan Bhushan Kumar, filem "Shubh Mangal Zyada Saavdhan" akan ditayangkan di pawagam bermula 21 Februari 2020.

(Sumber foto: Ayushmann Khurrana Instagram)
(Sumber artikel: Times of India)

Penulis: Nisa Irina






Ticket Pricing Guide