Azhan Rani tak sabar mahu kembali ke set penggambaran | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Azhan Rani tak sabar mahu kembali ke set penggambaran

Penulis: Ashraf Nasser

Azhan Rani minta orang ramai patuhi arahan PKP oleh pihak kerajaan.
Azhan Rani minta orang ramai patuhi arahan PKP oleh pihak kerajaan.

30 Mac – Pelakon Azhan Rani memberitahu dia sudah merindui untuk berlakon apabila tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan dari 31 Mac kepada 14 April depan.

Menurut Azhan, mengikut jadual asalnya dia sepatutnya kembali ke set penggambaran drama berjudul "Teratak Cinta" pada awal April ini, namun terpaksa dibatalkan.

"Jika ikutkan jadual penggambaran diterima, saya akan mula sibuk pada 5 April ini. Namun, memandangkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan kerajaan, saya akur.

"Apa yang paling utama, kesihatan dan keselamatan nyawa lebih penting kerana penularan wabak COVID-19 sangat serius dan bahaya," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Dalam pada itu, Azhan berkata sepanjang tempoh PKP ini dia banyak menghabiskan masa bersama ibunya selain melakukan aktiviti menyiram pokok bunga.

Selain itu dia turut mengambil inisiatif untuk berlatih skrip ketika berada di rumah dan sentiasa mengemas kini mengenai situasi negara.

Sementara itu, Azhan juga meminta orang ramai supaya duduk di rumah seperti yang diarahkan oleh kerajaan bagi membendung penularan wabak itu.

Sekiranya rakyat dalam mematuhi PKP, insyaAllah kita dapat mengurangkan penularan wabak sehingga ia berjaya dihapuskan seratus peratus.

Bercerita lanjut mengenai perkembangan terbaurnya dia bakal muncul dengan filem terbarunya berjudul "Bikin Filem" arahan Hitler Zami.

(Sumber foto: Kopi Planet)

Cinema Online, 30 Mac 2020

Filem Berkaitan:
Lelaki Harapan Dunia (Malay) (27 Nov 2014)


Waktu Tayangan