Aznil Nawawi bantu beri kesedaran pada masyarakat | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Aznil Nawawi bantu beri kesedaran pada masyarakat

Penulis: Nisa Irina

Your fans are just as dismayed as you are, Natasha.
Pak Nil rayu rakyat akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan.
20 Mac - Sudah masuk hari ketiga sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia dari penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan.

Namun sehingga kini masih ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang melanggar perintah itu dan sehingga kerajaan memaklumkan Malaysia berkemungkinan akan memasuki gelombang ketiga wabak tersebut.

Selebriti terkenal Datuk Aznil Hj Nawawi telah memuat naik rakaman video siaran langsung Instagram yang mana dia sebak mengenangkan kes COVID-19 semakin meningkat hingga mencatatkan angka sebanyak 900 kes.

"Saya tiada kuasa dan wang ringgit. Saya bukan sebahagian daripada kementerian atau kabinet. Saya hanya orang biasa, saya tiada cara lain.

"Apa yang saya ada hanyalah saluran media sosial dengan harapan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

"Saya harap esok apabila kita bangun, kes wabak COVID-19 akan menurun. Jangan tunggu sampai berlalu tempoh dua minggu. Kita buktikan boleh mengurangkan dan menjauhi virus ini dengan segera.

"Siapa tahu Perdana Menteri akan membuat pengumuman yang memberikan khabar baik. Masa itu, kita bersama sujud syukur," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Dalam pada itu, Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil, turut menghubungi kakitangan dan doktor yang terlibat dalam menangani kes-kes COVID-19 di Malaysia, yang berkongsikan pengalaman di tempat kerja mereka.

Apa yang diharapkan oleh selebriti itu adalah seluruh rakyat dapat memberi kerjasama dalam membendung penularan COVID-19 dan mengasihani wira-wira negara yang bergadai nyawa sepanjang tempoh ini.

(Sumber foto: Aznil Hj Nawawi Instagram) Cinema Online, 20 Mac 2020

Filem Berkaitan:
Makrifat Cinta (Malay) (01 Feb 2018)
Ribbit (04 Sep 2014)
Magika (Malay) (23 Sep 2010)


Waktu Tayangan