Babil Khan minta jangan gunakan nama Sushant Singh Rajput untuk isu nepotisme | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Babil Khan minta jangan gunakan nama Sushant Singh Rajput untuk isu nepotisme

Penulis: Nisa Irina

 Babil Khan sifatkan bapanya, Irrfan Khan, dan aktor Sushant Singh Rajput sebagai lelaki-lelaki yang ikhlas.
Babil Khan sifatkan bapanya, Irrfan Khan, dan aktor
Sushant Singh Rajput sebagai lelaki-lelaki yang ikhlas.

25 Jun – Anak kepada aktor terkenal Irrfan Khan, Babil Khan, telah memuat satu perkongsian berupa tribute buat bapanya dan juga aktor Sushant Singh Rajput yang meninggal dunia pada 14 Jun lalu.

Seperti yang dilihat menerusi berita dan media sosial, pemergian Sushant telah membangkitkan isu nepotisme yang sedia ada dalam industri Bollywood dan orang ramai termasuk penggiat seni sama-sama memberontak.

Sehubungan dengan itu, dalam perkongsiannya yang dimuat naik di Instagram, Babil meminta orang ramai supaya tidak menggunakan nama Sushant untuk memberontak mengenai isu nepotisme.

Menerusi perkongsian itu juga, Babil menyertakan foto bapanya dan Sushant dalam hitam putih bersama kapsyen panjang lebar bagi meluahkan pendapatnya.

"Ianya masih belum selesai. Kita telah kehilangan dua orang yang sangat ikhlas dan keikhlasan merupakan kunci kepada perjalanan rohani kita, walaupun pemergian Sushant sangat mengejutkan. Ia adalah naluri kita untuk meletakkan kesalahan pada sesuatu atau seseorang, yang mana ia adalah perbuatan yang sia-sia kerana menyalahkan orang lain bukanlah cara untuk mendapatkan ketenangan, ia adalah cerminan penipuan.

"Saya ingin meminta supaya anda semua tidak menyalahkan seseorang atau sesuatu atas semua yang berlaku, saya ingin meminta supaya anda menerima bahawa kehidupan kita dipenuhi pelbagai ujian yang tiada penjelasan atau pemahaman, saya ingin meminta anda supaya berhenti menyiasat puncanya kerana ia hanya akan membawa kesengsaraan terhadap orang-orang yang meratapi pemergiannya.

"Sebaliknya kita perlu meraikan evolusi lelaki-lelaki yang ikhlas ini dan biar kebijaksaan mereka membantu perjalanan hidup kita, dengan harapan cahaya-cahaya mereka akan terus menyinar dalam jiwa kita.

"Maksud saya adalah teruskan menegakkan kebenaran tanpa menggunakan kematian Sushant sebagai alasan, jika anda ingin memberontak tentang nepotisme, teruskanlah, tetapi jangan gunakan Sushant sebagai sebab mengapa anda melakukannya. Terus tegakkan kebenaran tak kira apa sebab sekali pun," tulisnya.

 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

It's still not settling in. We've lost two very sincere people and sincerity is key in our spiritual journey, thus it comes as an unbelievable shock, the way Sushant has departed. Naturally, we have descended into pinning the blame on something or someone, which in itself is the most futile act because to find peace by playing the blame game is not honest peace, it is a fleeting reflection of a lie. I urge you to not blame someone or something for this incredibly unfortunate happening, I urge you to accept that life is filled with leg spin deliveries bouncing off spin with no apparent explanation or understanding provided, I urge you to stop investigating the reason because it only brings more despair to the people intimately suffering the loss. Instead we must celebrate the evolution of these sincere men and let their wisdom manifest in our own journeys in some way, hoping to keep little lanterns of their memories ignited in our sensitive souls. I'm saying stand up for what's right without using Sushant's demise as an excuse, if you want to rebel against nepotism, do so, but don't use Sushant as a reason to why you're doing so now. Stand up for what's right regardless anyway in any case. (And it would and should be my fight to prove to the audience that I deserve a shot.)

A post shared by Babil Khan (@babil.i.k) on

Irrfan, yang terkenal dengan filem-filem Bollywood dan Hollywood seperti "The Lunchbox", "Life of Pi", "Slumdog Millionaire" dan "Piku" disahkan meninggal dunia pada 29 April lalu akibat menderita ketumbuhan Neuroendokrin dan jangkitan usus.

Sementara itu, Sushant yang membintangi filem Bollywood seperti "Kedarnath" dan "Chhichhore", ditemui tidak bernyawa di rumahnya pada 14 Jun akibat membunuh diri kerana disyaki mengalami kemurungan.

(Sumber: Babil Khan Instagram)
(Sumber foto: World Super Star Bio & Imageox)
Cinema Online, 25 Jun 2020

Waktu Tayangan