"Badang" berminat untuk beli pasukan Helang Merah? | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

"Badang" berminat untuk beli pasukan Helang Merah?

Penulis: Ashraf Nasser

Aliff Syukri sebelum ini gagal taja pasukan Kedah selepas tidak berjaya capai kata sepakat dengan pengurusan Kedah.
Aliff Syukri sebelum ini gagal taja pasukan Kedah selepas tidak berjaya
capai kata sepakat dengan pengurusan Kedah.

12 Ogos – Pelakon dan jutawan kosmetik sensasi, Datuk Aliff Syukri telah menyuarakan minatnya untuk membeli pasukan gergasi Liga Super iaitu Kedah selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menetapkan syarat penswastaan pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) bermula musim hadapan.

Menurut Aliff dia sentiasa mengikuti rapat perkembangan Liga M dan sememangnya berminat untuk terlibat secara aktif dalam dunia bola sepak.

"Setakat ini saya masih memilih pasukan bola sepak yang paling kuat dan paling berpengaruh. Bagi saya bukan senang untuk memilih sebab orang kata persaingan semakin sengit. Jadi saya tengah tercari-cari jugalah mana yang terbaik.

"Kalau boleh nak beli pasukan Kedah," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Keinginan yang diluahkan oleh pemilik syarikat kosmetik terkenal negara D'Herbs Holdings (M) Sdn Bhd ini tidak mengejutkan peminat bola sepak tanah air kerana pada tahun 2016 Aliff pernah cuba untuk menaja pasukan yang diberi jolokan Helang Merah itu sebanyak RM30 juta, namun gagal mencapai kata sepakat dengan pengurusan pasukan itu.

Menurut pelakon utama "Badang" ini lagi, walaupun gagal namun dia tidak pernah berputus asa untuk cuba menunaikan impiannya memiliki sebuah pasukan bola sepak.

Sementara itu, susulan berita mengenai keinginan Aliff untuk membeli pasukan Kedah mendapat pelbagai reaksi daripada peminat Hijau Kuning yang ada bersetuju dan ada yang tidak bersetuju.

Adakah impian Aliff Syukri untuk memiliki sebuah pasukan bola sepak akan tercapai? Hanya masa yang akan menentukannya.

(Sumber foto: mStar)

Cinema Online, 12 Ogos 2020

Filem Berkaitan:
Badang (Malay) (15 Feb 2018)


Waktu Tayangan