Babak 'menyakitkan hati' Fizi dalam "Upin Ipin" sengaja diwujudkan | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Babak 'menyakitkan hati' Fizi dalam "Upin Ipin" sengaja diwujudkan

Penulis: Ashraf Nasser

 Salah satu babak dalam episod
Salah satu babak dalam episod "Syahdunya Syawal".

1 Jun – Siapa tidak kenal dan tahu dengan siri animasi popular "Upin & Ipin", namun baru-baru ini animasi itu telah menjadi buah mulut terutamanya penonton di Indonesia apabila mengecam dan mendesak watak Fizi supaya memohon maaf atas babak menyakitkan hati.

Menurut Pengarah Kandungan Kreatif Les' Copaque iaitu Nur Naquyah Burhanuddin, babak itu bukanlah tidak sengaja dihasilkan sebaliknya ia memang sengaja diwujudkan.

"Episod berjudul "Syahdunya Syawal" itu sebenarnya ditayangkan pada hari pertama Aidilfitri di saluran MNCTV. Tiba-tiba tular pula apabila penonton marahkan Fizi sampai terbawa ke laman sosial.

"Ini membuktikan dengan jelas penonton Indonesia sangat ambil berat dan sayangkan Upin Ipin. Disebabkan itu, ramai yang teremosi apabila Fizi berkata 'syurga tiada buat anak yatim seperti mereka'. Cuma, penonton nak sangat Fizi buat permohonan maaf terbuka dan ada atau tidak babak itu? Nantikan," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Tambah Nur Naquyah lagi, babak itu dibuat berdasarkan keadaan dan realiti sebenar dalam pemikiran kanak-kanak.

Penonton juga perlu tonton keseluruhan episod itu sebelum membuat penilaian kerana jalan cerita animasi ini sarat dengan mesej.

Dalam pada itu, walaupun terpalit dengan kontroversi Nur Naquyah tidak langsung melatah sebalik mengucapkan terima kasih kepada penonton yang prihatin dan terus menyokong animasi "Upin Ipin".

(Sumber foto: iMalayTV YouTube)

Cinema Online, 01 Jun 2020

Filem Berkaitan:
GENG: PENGEMBARAAN BERMULA (Malay) (12 Feb 2009)
Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal (Malay) (21 Mar 2019)
Upin Dan Ipin: Jeng Jeng Jeng! (Malay) (24 Nov 2016)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, CLICK HERE
Waktu Tayangan