Bapa Sushant Singh Rajput failkan FIR terhadap Rhea Chakraborty | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Bapa Sushant Singh Rajput failkan FIR terhadap Rhea Chakraborty

Penulis: Nisa Irina

 Rhea Chakraborty dituduh mengawal dan mencuri wang dari akaun bank Sushant Singh Rajput.
Rhea Chakraborty dituduh mengawal dan mencuri wang dari akaun bank Sushant Singh Rajput.

30 Jul – Bapa kepada aktor Bollywood Sushant Singh Rajput, Krishna Kumar Singh, memfailkan laporan maklumat pertama (FIR) terhadap aktres Rhea Chakraborty yang juga teman wanita kepada Sushant, atas punca kematian aktor itu pada Selasa.

Menurut Ketua Inspektor Balai Polis Rajiv Nagar, Sanjay Singh memaklumkan laporan itu telah didaftarkan di bawah beberapa seksyen yang terdapat dalam Penal Kod India, termasuk bersubahat untuk bunuh diri.

"Kumpulan kami telah pun dihantar ke Mumbai. Mereka akan mengambil diari dan dokumen-dokumen penting yang lain dari Polis Mumbai.

"Bapa Sushant telah membuat beberapa membuat tuduhan berat terhadap Rhea dan keluarganya. Dia mendakwa Rhea telah menjauhkan Sushant dari keluarganya sendiri dan hidup di bawah kawalannya.

"Tambah bapanya lagi, Rhea turut mengawal akaun bank Sushant dan sejumlah wang telah dikeluarkan dari bank akaun milik Sushant" ujar Inspektor Sanjay yang dipetik dari Hindustan Times.

Selain itu, bapa Sushant juga mendakwa Rhea mengambil kesempatan atas kemasyhuran Sushant untuk menaikkan namanya serta mengugut Sushant supaya mendedahkan fail perubatannya bagi memastikan orang ramai tahu keadaan kesihatannya agar dia kurang menerima tawaran berlakon.

Terdahulu, Rhea mendedahkan bahawa dia menerima ugutan bunuh dan rogol daripada pengguna media sosial kerana dituduh sebagai punca Sushant bunuh diri dan telah pun mengambil tindakan dengan melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Rhea dan Sushant telah pun merancang untuk berkahwin pada hujung tahun ini namun ia tidak kesampaian memandangkan Sushant membuat tindakan drastik membunuh diri di kediamannya pada 14 Jun lalu.

(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: Filmfare)

Cinema Online, 30 Jul 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan