Bunga Citra Lestari titip ucapan ulang tahun kelahiran Ashraf Sinclair | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Bunga Citra Lestari titip ucapan ulang tahun kelahiran Ashraf Sinclair

Penulis: Nisa Irina

Cinta BCL terhadap Ashraf Sinclair ternyata tidak pernah pudar.
Cinta BCL terhadap Ashraf Sinclair ternyata tidak pernah pudar.

18 Sep – Pelakon dan penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari menitipkan ucapan menyentuh hati buat arwah suami tercinta, pelakon Ashraf Sinclair, bersempena dengan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-41 pada Jumaat.

Ucapan itu telah dikongsikan menerusi laman Instagram milik Bunga, atau lebih dikenali sebagai BCL, yang disertakan dengan sekeping foto Ashraf sedang tersenyum manis.

"Terima kasih kerana membuatkan saya percaya bahawa saya layak untuk dicintai. Sejak awak tiada, saya perlu menjadi awak. Seseorang yang cintakan saya dan seseorang yang percayakan saya.

"Kata-kata awak sangat hebat, dan akhirnya saya dapat melihatnya. Saya akan mencintai diri saya sendiri, seperti mana awak mencintai saya. Selamat ulang tahun kelahiran saya," tulis BCL.

Sehubungan dengan itu, para peminat serta rakan-rakan selebriti seperti Fazura, Nora Danish, Yuna, Agnez Monica dan Luna Maya, membanjiri ruangan komen dengan doa buat arwah serta kata-kata semangat buat BCL.

Pada Julai lalu, BCL telah mengabadikan kisah cintanya bersama suami menerusi sebuah lagu berjudul "12 Tahun Terindah", berserta video muzik yang menampilkan beberapa klip BCL bersama Ashraf dan buah hati mereka, Noah.

Ashraf meninggal dunia di kediamannya di Jakarta, Indonesia, pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.

(Sumber foto: Bunga Citra Lestari Instagram)

Cinema Online, 18 Sept 2020

Filem Berkaitan:
My Stupid Boss 2 (Indonesia) (29 Ogos 2019)
My Stupid Boss (Indonesia) (19 Mei 2016)
Habibie And Ainun 3 (Indonesia) (26 Dis 2019)


Waktu Tayangan