Buletin
Bella Astillah mahu ceburi bidang nyanyian pula


Tarikh disiarkan: 21 Februari 2020

Bella Astillah kini bersikap selektif terhadap tawaran berlakon.
Bella Astillah kini bersikap selektif terhadap tawaran berlakon.

21 Feb – Pelakon Bella Astillah kini melebarkan sayap seninya dengan menceburi bidang muzik apabila bakal muncul dengan single pertamanya berjudul "Tenang" tidak lama lagi.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah nyata teruja apabila impiannya selama ini mahu menjadi penyanyi akhirnya tercapai juga dengan bantuan komposer terkenal Audi Mok.

"Saya akui memang sangat susah mencari hala tuju muzik yang sempurna buat saya. Jadi, saya berbincang dengan Audi untuk lagu ini supaya tidak meniru sesiapa pun.

"Saya juga tidak mahu ikut trend semata-mata contohnya buat lagu berentak rancak dan ada tarian, hip hop. Niat saya buat lagu ini bukan untuk memastikan ia akan meletup, tetapi mahu menyentuh hati pendengar," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Tambah Bella lagi, dia juga bersyukur dan berbesar hati apabila mendapat kepercayaan daripada syarikat rakaman Universal Music Malaysia yang mengambilnya untuk bernaung di bawah syarikat itu.


Bella berkata dia akan pastikan peluang yang diberikan tidak akan dipersia-siakan dan dia akan memberikan yang terbaik.

Dalam pada itu, walaupun kini bergelar penyanyi namun dia masih lagi aktif berlakon cuma kini lebih bersikap selektif terhadap tawaran kerana dia hanya terima tawaran yang tidak menuntutnya berada di lokasi penggambaran untuk tempoh yang lama.

Ini kerana dia mahu memberi tumpuan pada anaknya Ayden yang masih lagi kecil.

Terdahulu, Bella mula menceburi bidang lakonan selepas rumah tangga yang dibina dengan pelakon dan penyanyi dari Singapura, Alif Aziz musnah.

(Sumber foto: Bella Astillah Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser






Ticket Pricing Guide