Ben Amir bersyukur negatif COVID-19 | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Ben Amir bersyukur negatif COVID-19

Penulis: Ashraf Nasser

Ben Amir harap rakan seperjuangannya tabah dan cepat sembuh.
Ben Amir harap rakan seperjuangannya tabah dan cepat sembuh.

8 Apr - Pelakon Ben Amir bersyukur apabila dirinya negatif COVID-19 selepas menjalani ujian kesihatan selepas pulang dari penggambaran drama berjudul "Demi" di Inverness, Scotland baru-baru ini.

"Sekembali di sini, saya melakukan kuanrintin diri di rumah. Saya kemudian membuat pemeriksaan di sebuah pusat perubatan di Damansara dan keespkannya saya disahkan negatif wabak itu.

"Alhamdulillah setakat ini keadaan saya baik-baik saja. Tiada sebarang gejala dijangkiti wabak ini selepas pulang ke tanah air beberapa hari lebih awal pada 27 Mac lalu," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi rakan gandingannya iaitu Puteri Aishah telah disahkan positif COVID-19.

Selain Puteri Aishah, pengarah drama itu iaitu Rahila Ali dan beberapa kru produksi drama itu turut dikatakan positif COVID-19.

Ben bagaimanapun enggan mendedahkan lanjut mengenai kru yang positif kerana bimbang timbul spekulasi tidak betul.

Dalam pada itu, Ben mendoakan rakan-rakan seperjuangannya kuat berdepan ujian ini dan segera sembuh.

Selain Ben dan Aishah, drama yang diadaptasi dari novel ini turut dibintangi oleh pelakon lain seperti Ashraf Muslim, Hasnul Rahmat dan Puteri Rayyana Rayqa.

(Sumber foto: Ben Amir Instagram)

Cinema Online, 08 Apr 2020

Filem Berkaitan:
BenCinta (Malay) (26 Sep 2013)


Waktu Tayangan