Ben Amir sangkal dakwaan bersikap dingin dan kurang ajar | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Ben Amir sangkal dakwaan bersikap dingin dan kurang ajar

Penulis: Ashraf Nasser

Ben Amir berkata dia lebih selesa berbicara mengenai kerjaya seni berbanding soal peribadi.
Ben Amir berkata dia lebih selesa berbicara mengenai kerjaya seni berbanding soal peribadi.

14 Ogos – Pelakon Ben Amir tampil menyangkal dakwaan kononnya dia bersikap dingin dan kurang ajar sejak akhir-akhir ini.

Perkara itu menjadi bualan segelintir penggiat industri hiburan yang turut meluahkan rasa kesal apabila sukar untuk bekerjasama dengannya.

"Saya memang kurang mesra, tapi saya bukan seorang yang kurang ajar.

"Kalau orang layan saya dengan baik, tentunya saya akan layan dengan baik dan begitulah sebaliknya," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Tambah pelakon "Bencinta" lagi, dia juga tidak selektif dalam kalangan wartawan untuk ditemubual dan mengakui tidak sempat membalas mesej daripada wartawan berikutan terlalu banyak mesej masuk setiap hari.

Ben bagaimanapun berkata dia lebih selesa memberi kerjasama tetapi lebih terbuka untuk bercerita mengenai kerjayanya berbanding perihal peribadi.

Dalam perkembangan lain, Ben bakal muncul dengan filem aksi terbarunya berjudul "Polis Evo 3" yang dijadualkan ditayangkan pada tahun hadapan.

(Sumber foto: Ben Amir Instagram)

Cinema Online, 14 Ogos 2020

Filem Berkaitan:
BenCinta (Malay) (26 Sep 2013)
Romeo Kota: Kes Fail Kriptik (Malay) (08 Jan 2015)


Waktu Tayangan