Beto Kusyairy pesan jaga kata-kata di media sosial | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Beto Kusyairy pesan jaga kata-kata di media sosial

Penulis: Nisa Irina

Beto Kusyairy bakal kembali ke layar perak dengan filem
Beto Kusyairy bakal kembali ke layar perak dengan filem "Imaginur".

13 Apr – Hampir dua minggu berehat dari menggunakan media sosial, pelakon Beto Kusyairy kembali bersuara untuk menasihati orang ramai menerusi medium itu.

"Berhati-hati dengan apa yang anda taip dan komen. Anda mungkin menyakiti seseorang dan menyebarkan kebencian pada masa yang sama. Adakah itu menjadikan anda lebih baik darinya?

"Empati. Sungguh tidak menyakitkan untuk bersantun berbahasa. Apatah lagi itu asalnya budaya kita (yang semakin halus menipis). Tinggal di rumah, moga selamat dan kekal sihat semuanya," tulisnya di laman Twitter dan Instagram.

Biarpun kenyataannya ditulis ringkas, namun apa yang ingin disampaikan oleh pelakon filem "Bisik Pada Langit" itu ternyata mendalam dan difahami warganet.


Sebelumnya, Beto mengambil keputusan untuk 'berpuasa' dari media sosial gara-gara peperangan antara penggiat seni dan orang yang tercetus berikutan isu bantuan khas daripada kerajaan.

Dalam perkembangan lain, Beto kini sedang berehat dari penggambaran filem terbarunya "Imaginur" yang ditangguhkan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Produksi filem itu bermula sejak awal Mac lalu.

Selain Beto, filem arahan Nik Amir itu turut dibintangi Nadiya Nisaa, Diana Danielle, Afdlin Shauki, Anas Ridzuan, serta pelakon-pelakon veteran seperti Fatimah Abu Bakar, Rahim Razali dan Mior Hashim Manap.

(Sumber foto: Beto Kusyairy Instagram)

Cinema Online, 13 Apr 2020

Filem Berkaitan:
Bisik Pada Langit (Malay) (21 Sep 2017)
Balun (Malay) (17 Aug 2017)
Bravo 5 (Malay) (10 Sep 2015)


Waktu Tayangan