Jasmin Bhasin teruja Aly Goni sertai "Bigg Boss 14" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Jasmin Bhasin teruja Aly Goni sertai "Bigg Boss 14"

Penulis: Nisa Irina

 Jasmin Bhasin dan Aly Goni sentiasa menyokong antara satu sama lain.
Jasmin Bhasin dan Aly Goni sentiasa menyokong antara satu sama lain.

6 Nov – Aktres televisyen popular Jasmin Bhasin tidak dapat mengawal perasaannya apabila rakan baiknya yang juga aktor, Aly Goni dipilih untuk sama-sama menyertai program realiti terkenal "Bigg Boss 14".

Memetik laporan dari Times of India, Aly memberitahu punca utama dia bersetuju untuk menerima tawaran program itu adalah disebabkan Jasmin dan sebagai tanda sokongannya terhadap aktres tersebut.

Seperti yang dikongsikan dalam sedutan video "Bigg Boss 14" di laman Instagram Colors TV, Aly memberi kejutan kepada Jasmin dengan kehadirannya sehinggakan aktres drama "Tashan-e-Ishq" itu mengalirkan air mata gembira.

 

"Jasmin adalah wanita yang sangat tabah dan walaupun saya menyertai program ini sebagai peserta, saya mahu dia yang menang. Kami berdua akan menyelesaikan setiap tugasan yang diberi dengan sehabis baik.

"Saya juga mahu menang, tetapi saya letakkan diri saya di tempat kedua. Saya mahu Jasmin menang. Jika dia berdiri di samping saya ketika episod akhir, saya ingin lihat dia diumumkan sebagai juara," katanya.

Program realiti yang menampilkan bintang Bollywood Salman Khan sebagai pengacara itu tampil lebih berbeza, lengkap dengan sebuah restoran, spa, panggung wayang dan pusat beli belah buat kali pertama.

"Bigg Boss 14" sudah pun mula bersiaran pada Oktober lalu.

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Bollywood Bubble)

Cinema Online, 06 Nov 2020

Waktu Tayangan