Bintang TikTok Heena mirip Karisma Kapoor | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Bintang TikTok Heena mirip Karisma Kapoor

Penulis: Nisa Irina

Anda rasa wajah Heena mirip tak dengan Karisma Kapoor?
Anda rasa wajah Heena mirip tak dengan Karisma Kapoor?

3 Jun – Aplikasi perkongsian video TikTok kini semakin terkenal dalam kalangan generasi muda dan ia turut melahirkan bakat-bakat baru seni hiburan termasuk bintang TikTok Heena.

Heena berjaya mencuri perhatian ramai kerana wajahnya dikatakan mirip bintang Bollywood Karisma Kapoor dan sering memuat naik video 'lip-sync' lagu-lagu dan dialog aktres tersebut.

Malah, untuk menambah lagi ciri persamaan mereka berdua, Heena turut berpakaian seperti Karisma sehingga ada peminat yang keliru dan terkejut akan persamaan kedua-dua wanita itu.


Menerusi salah satu videonya, Heena memuat naik video 'lip-sync' lagu terkenal "Kitna Pyaara Tujhe" dari filem klasik "Raja Hindustani" (1996) yang dibintangi Karisma dan Aamir Khan.

Jika dilihat menerusi Instagram milik Heena, rata-rata para peminat membanjiri ruangan komen dengan tag nama Instagram Karisma.

"@therealkarismakapoor wajahnya kelihatan sama seperti kamu.. carbon copy," tulis salah seorang peminat yang dipetik dari Desiblitz.

Ada juga yang berkata Heena beruntung kerana mempunyai wajah mirip Karisma dan bergurau mengatakan mereka adalah adik beradik sebenar.

Oleh sebab namanya semakin dikenali ramai, kini Heena mempunyai lebih 2.4 juta pengikut di TikTok dan lebih 15 ribu pengikut di Instagram.

(Sumber: Desiblitz & Heena Instagram)
(Sumber foto: Heena & Karisma Kapoor Instagram)

Cinema Online, 03 Jun 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan