"BoBoiBoy Movie 3" sah ditayangkan pada 2022 | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

"BoBoiBoy Movie 3" sah ditayangkan pada 2022

Penulis: Ashraf Nasser

Monsta turut tandatangani perjanjian dengan rangkaian besar untuk tayang animasi terbaru mereka di rantau APAC termasuk Jepun dan Korea.
Monsta turut tandatangani perjanjian dengan rangkaian besar untuk tayang
animasi terbaru mereka di rantau APAC termasuk Jepun dan Korea.

10 Sep – Berita gembira buat peminat "BoBoiBoy" apabila filem ketiga "BoBoiBoy Movie 3" telah disahkan bakal menemui penonton di layar perak pada tahun 2022.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Animonsta Studios (Monsta) iaitu Nizam Razak yang turut berkongsi perkembangan beberapa projek terbaru mereka termasuklah filem animasi baharu mereka iaitu "Mechamato Movie".

"Filem "BoBoiBoy Movie 3" pada awalnya dijadualkan ditayangkan pada 2021 untuk menyambut ulang tahun ke-10 BoBoiBoy, tetapi ia telah dianjak ke 2022 untuk memberi laluan kepada francais "Mechamato" pada 2021.

"Kami juga merancang untuk menerbitkan "BoBoiBoy Galaxy Special untuk memastikan ada sesuatu istimewa buat peminat pada ulang tahun ke-10," ujarnya.


"BoBoiBoy Galaxy Special" khas buat peminat setia bersempena ulang tahun ke-10 "BoBoiBoy".

Selain itu, "BoBoiBoy" juga akan mempunyai siri mini terbaru iaitu "Destinasi Terbaik" untuk membantu industri perlancongan tempatan yang terjejas teruk akibat COVID-19. Siri ini adalah sama seperti "Fly With Yaya".


Monsta turut akan membantu industri perlancongan negara menerusi "Destinasi Terbaik".

Dalam pada itu, Monsta juga telah menandatangani perjanjian dengan rangkaian besar untuk siri "Mechamato" yang mana ia akan mula ditayangkan pada 2021 di rantau APAC termasuk Jepun dan Korea.

Siri terbaru "Mechamato" akan menggunakan latar belakang Koto Hilir yang diinspirasikan dari negeri Melaka yang mana ia bukan sahaja berkisarkan mengenai teknologi tetapi juga mengenai budaya.


Setiap animasi Monsta akan memberi tumpuan untuk memperkenalkan budaya tempatan kepada dunia luar.

Monsta komited dalam mempromosikan budaya tempatan kepada dunia.

Watak-watak dalam siri terbaru itu adalah Amato, MechaBot, Pian, Mara dan Deep sebagai peneraju, manakala Bula dan Bili adalah watak sampingan.

(Sumber foto: Nizam Razak Facebook)

Cinema Online, 10 Sept 2020

Filem Berkaitan:
BoBoiBoy The Movie (Malay) (03 Mar 2016)
BoBoiBoy Movie 2 (Malay) (08 Aug 2019)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.
Waktu Tayangan