7 Minit babak tambahan untuk filem "BoBoiBoy Movie 2" di Netflix | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

7 Minit babak tambahan untuk filem "BoBoiBoy Movie 2" di Netflix

Penulis: Ashraf Nasser

"BoBoiBoy Movie 2" terus cipta kejayaan demi kejayaan walaupun sudah hampir setahun ditayangkan.
"BoBoiBoy Movie 2" terus cipta kejayaan demi kejayaan walaupun
sudah hampir setahun ditayangkan.

19 Mei – Selepas berita mengenai filem animasi tempatan "BoBoiBoy Movie 2" akan ditayangkan di platform penstriman video popular Netflix disiarkan baru-baru ini, pihak Netflix akhirnya telah mengesahkan perkara tersebut apabila berkata mereka mendapat hak penstriman eksklusif terhadap filem animasi pecah panggung itu.

Malah lebih menarik lagi apabila pihak Monsta akan menampilkan tujuh minit babak tambahan yang tidak pernah ditayangkan di pawagam sebelum ini.

"Studio kami sentiasa berusaha agar kandungan animasi kami dapat diakses oleh semua penonton tanpa mengira batasan sempadan.

"Oleh itu, kerjasama bersama Netflix telah membuka peluang bagi Monsta untuk melebarkan sayap ke seluruh rantau ini, dan para penonton akan dapat menikmati "BoBoiBoy Movie 2" di dalam keselesaan rumah masing-masing," ujar Ketua Pengawai Eksekutif Monsta iaitu Nizam Abd Razak dalam satu kenyataannya.

Pelanggan Netflix di Asia Tenggara akan dapat menonton filem animasi itu secara eksklusif bermula 1 Jun 2020 ini yang mana ia akan ditayangkan dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Thai, Bahasa Vietnam dan juga Bahasa Indonesia.

Dalam pada itu, Pengurus Perolehan Kandungan Netflix Asia Tenggara iaitu Raphael Phang berkata pihaknya sangat berbesar hati apabila mendapat peluang untuk menayangkan filem animasi ini kepada pelanggan mereka secara eksklusif.

"Di Netflix, kami sentiasa percaya bahawa cerita yang hebat boleh dinikmati di mana-mana sahaja, dan oleh itu kami amat gembira dengan kerjasama kami bersama Monsta."

Terdahulu, filem "BoBoiBoy Movie 2" yang ditayangkan pada Ogos 2019 telah mencetuskan fenomena apabila ia mendapat kutipan lebih RM30 juta.

Selain Malaysia, filem animasi kebangaan negara ini turut ditayangkan di Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam serentak.

Cinema Online, 19 Mei 2020

Filem Berkaitan:
BoBoiBoy Movie 2 (Malay) (08 Aug 2019)
BoBoiBoy The Movie (Malay) (03 Mar 2016)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, CLICK HERE.
Waktu Tayangan