Brainy Bones Studios bakal terbit filem animasi bertaraf antarabangsa | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Brainy Bones Studios bakal terbit filem animasi bertaraf antarabangsa

Penulis: Ashraf Nasser

Animasi Kring! terbitan Brainy Bones Studios berjaya dapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Animasi "Kring!" terbitan Brainy Bones Studios berjaya dapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

17 Feb – Tidak dapat dinafikan industri animasi tempatan kini berada di landasan yang cukup baik apabila animasi-animasi yang dihasilkan bukan sahaja berjaya menarik perhatian penonton tempatan, tetapi juga penonton di serata dunia.

Terbaru, studio animasi Brainy Bones Studios pula merancang untuk menerbitkan sebuah filem animasi bertaraf antarabangsa yang mana mereka akan menggunakan kepakaran juruanimasi bebas dari seluruh dunia.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai filem animasi itu tidak didedahkan lanjut berikutan ia masih lagi di peringkat awal.

Terdahulu, Brainy Bones Studios yang merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Brainy Bunch telah mencipta kejayaan apabila animasi terbitan mereka "Kring!" telah berjaya merangkul anugerah Filem Animasi Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Du Sur Les Handicap 2020 di Lyon, Perancis.

Pembikinan filem animasi itu dibuat bagi menghargai sumbangan guru selain mahu meningkatkan kesedara mengenai masalah disleksia dalam kalangan pelajar.

Bagi Pengarah Urusan Brainy Bones Studios, Hilmi Ismail, kemenangan "Kring!" akan menjadi pembakar semangat kepada mereka untuk terus menghasilkan animasi berkualiti untuk penonton.

"Terima kasih kepada semua yang menyokong. Diharapkan lebih banyak kejayaan akan dicapai pada masa depan," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Dalam pada itu, Hilmi juga berkata pihaknya sentiasa memberi galakkan kepada pelukis animasi untuk terus menghasilkan kandungan yang mampu memberikan impak positif kepada penonton.

(Sumber foto: Brainy Bones Studios Facebook)

Cinema Online, 17 Feb 2020

Waktu Tayangan