Brainy Bones Studios akan terbitkan siri animasi "Kring!" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Brainy Bones Studios akan terbitkan siri animasi "Kring!"

Penulis: Nisa Irina

Beberapa watak baru akan diperkenalkan dalam siri animasi "Kring!".
Beberapa watak baru akan diperkenalkan dalam siri animasi "Kring!".

2 Dis – Setelah filem animasi pendek "Kring!" terbitan Brainy Bones Studios memperoleh kejayaan demi kejayaan, kini pengarah Hilmi Ismail mengumumkan bahawa studionya akan menerbitkan siri animasi "Kring!" pula.

Berita gembira itu telah dikongsikan oleh Hilmi menerusi laman Twitter miliknya pada Selasa, bersertakan butiran lanjut mengenai proses pembikinan siri tersebut.

Seperti filem pendeknya, siri animasi itu juga masih mengangkat Cikgu Suraya dan Mael sebagai watak utama. Namun apa yang lebih menarik, terdapat watak-watak baru yang bakal diperkenalkan.

Buat masa ini, Brainy Bones Studios sedang membuat pemilihan untuk pelakon suara Cikgu Suraya dan Mael setelah melakukan uji bakat secara dalam talian pada September lalu.

"Jangkaan masa untuk menyiapkan semua proses ini adalah lebih kurang dua tahun. Siri ini berkisarkan tentang isu-isu dan kehidupan di sekolah.

"Kami dalam proses menyiapkan episod "Pilot". Sasaran siap adalah pada bulan Februari tahun hadapan. Selepas itu, kami akan bentang pada stesen TV, penaja-penaja dan lain-lain," kata Hilmi.

Terdahulu, "Kring!" berjaya melakar sejarah apabila diiktiraf sebagai Filem Animasi Terbaik untuk Kanak-Kanak di Festival ReAnima Animasi Antarabangsa Bergen 2020 yang berlangsung di Norway.

Selain itu, "Kring!" turut merangkul anugerah Filem Animasi Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Du Sur Les Handicap 2020 di Lyon, Perancis.

Bagi yang masih belum menonton "Kring!", bolehlah tonton filem animasi pendek bertaraf antarabangsa ini menerusi saluran YouTube rasmi Brainy Bones Studios.

(Sumber foto: Hilmi Ismail Twitter)

Cinema Online, 02 Dis 2020


Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, CLICK HERE
Waktu Tayangan