Bront Palarae bakal kembali dengan "Pengabdi Setan 2"? | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Bront Palarae bakal kembali dengan "Pengabdi Setan 2"?

Penulis: Ashraf Nasser


Bront Palarae kembali terajui filem seram paling dinanti-nantikan peminat.

3 Apr – Pelakon popular Bront Palarae bakal kembali ke set penggambaran filem seram terbarunya berjudul "Pengabdi Setan 2" tidak lama lagi selepas pelakon itu memuat naik sekeping gambar muka hadapan skrip yang tertera nama pengarah Joko Anwar.

Walaupun Bront mengaburkan judul filem itu, ramai yang sudah dapat meneka judul filem itu kerana terdapat laporan yang mengatakan sekuel filem pecah panggung itu bakal dihasilkan.

"Okay, here we go!!," tulis Bront di Instagram miliknya.


Terdahulu, filem "Pengabdi Setan" yang ditayangkan pada 2017 telah mencetuskan fenomenanya tersendiri di Indonesia dan juga di Malaysia.

Filem itu turut berjaya mendominasi banyak anugerah termasuk berjaya mencipta rekod kutipan baru di negaranya.

"Pengabdi Setan" berkisarkan mengenai sebuah keluarga, yang mana si ibu mengalami sakit yang aneh selama tiga tahun sebelum meninggal dunia. Si bapa kemudian mendapat kerja di luar kota dan terpaksa meninggalkan anak-anaknya di rumah.

Kejadian aneh mula berlaku apabila roh si ibu muncul di rumah. Pada mulanya anak-anak itu merasakan si ibu mahu datang melawat mereka, tetapi akhirnya mengetahui bahawa roh ibu mereka mahu membawa mereka pergi ke dunianya.

Selain Bront, filem ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Tara Basro, Dimas Aditya, Endy Arfian dan ramai lagi.

(Sumber foto: Bront Palarae Instagram)

Cinema Online, 03 Apr 2020

Filem Berkaitan:
Pengabdi Setan (Indonesian) (23 Nov 2017)
Gundala (Indonesian) (26 Dec 2019)
Fly By Night (Malay / Mandarin) (11 Apr 2019)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article n English, CLICK HERE
Waktu Tayangan