Filem BTS "Break The Silence: The Movie" tayang di pawagam September ini! | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Filem BTS "Break The Silence: The Movie" tayang di pawagam September ini!

Penulis: Nisa Irina

BTS kembali ke skrin lebar dengan filem keempat mereka, 'Break The Silence: The Movie'.
BTS kembali ke skrin lebar dengan filem keempat mereka, "Break The Silence: The Movie".

7 Ogos – Agensi hiburan dan label rakaman Korea Selatan Big Hit Entertainment mengumumkan berita baik buat para peminat kumpulan Kpop terkemuka BTS iaitu filem terbaru mereka berjudul "Break The Silence: The Movie".

Filem dokumentari itu akan memaparkan rakaman konsert jelajah BTS "Love Yourself: Speak Yourself" yang berlangsung pada Mei hingga Oktober 2019 serta video-video di sebalik tabir pentas konsert.

Selain itu, ia turut memaparkan video-video temu bual eksklusif bersama tujuh ahli kumpulan itu, iaitu RM, Suga, J-Hope, Jimin, Jin, Jungkook dan V, mengenai kisah peribadi dan pendapat mereka tentang konsert tersebut.

Sehubungan dengan itu, Big Hit berjaya membangkitkan keterujaan para peminat dari seluruh dunia dengan berkongsikan poster-poster rasmi filem itu menerusi laman Instagram dan Twitter BTS.

"Break The Silence: The Movie" merupakan filem dokumentari keempat BTS selepas "Bring The Soul: The Movie" (2019), "Love Yourself in Seoul" (2019) dan "Burn The Stage: The Movie" (2018).

Susulan itu, Big Hit juga akan menayangkan semula filem "Bring The Soul: The Movie" bermula 28 hingga 30 Ogos.

Buat makluman lanjut, tiket dijangka akan mula dijual pada 13 Ogos dan filem itu akan ditayangkan di pawagam pada 10 September secara terhad.

(Sumber foto: BTS Bighit Entertainment)

Cinema Online, 07 Ogos 2020


Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, CLICK HERE

Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan