Bunga Citra Lestari kongsi pertemuan pertama dengan Ashraf Sinclair | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Bunga Citra Lestari kongsi pertemuan pertama dengan Ashraf Sinclair

Penulis: Nisa Irina

 BCL ditemubual oleh Ashraf Sinclair yang menggantikan tempat pengacara program Beat TV.
BCL ditemubual oleh Ashraf Sinclair yang menggantikan tempat pengacara program Beat TV.

30 Jun – Kehilangan seorang suami penyayang memberi kesan mendalam buat penyanyi dan pelakon Indonesia Bunga Citra Lestari, yang baru-baru ini berkongsi sebuah video pertemuan pertamanya dengan Allahyarham Ashraf Sinclair.

Bunga atau lebih dikenali sebagai BCL, telah memuat naik video berupa temubual untuk program Beat TV Astro Ria pada tahun 2007 itu menerusi akaun Instagram miliknya. Ketika itu BCL sedang mempromosikan albumnya di Malaysia.

Itu merupakan kali pertama mereka bersua muka dan perasaan cinta mula berputik yang akhirnya menyatukan mereka sebagai pasangan suami isteri.

Perkongsian BCL telah menarik perhatian ramai peminat serta rakan-rakan selebriti dari Indonesia dan Malaysia seperti Afgan, Titi Kamall, Ayushita, Yuna, Fazura, Fasha Sandha dan Nora Danish.

Pasangan BCL dan Ashraf bernikah pada November 2008 di Senayan, Indonesia, diikuti dengan majlis resepsi di Malaysia dan Indonesia. Mereka dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Noah Aidan Sinclair pada 2010.

Berat ujian yang dihadapi BCL apabila Ashraf menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 40 tahun akibat serangan jantung pada 18 Februari lalu.

(Sumber foto: Bunga Citra Lestari Instagram)

Cinema Online, 30 Jun 2020

Waktu Tayangan