Che Ta mahu kembali jayakan watak Kiah | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Che Ta mahu kembali jayakan watak Kiah

Penulis: Ashraf Nasser

Rozita Che Ta sudah bersedia kembali jayakan watak Kiah sekiranya francais itu bakal disambung.
Rozita Che Ta sudah bersedia kembali jayakan watak Kiah sekiranya francais itu bakal disambung.

31 Mac – Sejak beberapa hari ini nama Makcik Kiah telah tular dan menjadi 'trending' di media-media sosial gara-gara Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan nama Makcik Kiah sebagai contoh dalam pemberian Bantuan Prihatin Nasional berikutan penularan wabak COVID-19.

Berikutan itu, pelakon, pengacara dan usahwan terkenal Rozita Che Wan berkata dia tidak kisah untuk kembali melakonkan watak Kiah dalam drama "Kiah Perkasam" lakonannya pada tahun 2010.

"Saya tidak kisah jika ada yang mahu melihat francais drama Kiah disambung semula. Tidak boleh dinafikan watak itu melonjakkan kerjaya seni saya. Sampai sekarang watak itu bagai sinonim dengan saya.

"Ini suatu penghargaan buat saya. Saya berkenalan dengan suami, Zain Saidin pun melalui drama itu hingga jodoh kekal sampai sekarang," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Tambah Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta ini lagi, sejak membintangi drama itu dia juga pernah menjayakan watak sama dalam drama "Kiah Mai Pulak" dan telefilem "Kiah Pi Jepun".

Dalam pada itu, pelakon "Adik Manja Returns" ini berkata sekiranya drama Kiah mahu disambung, dia berharap agar jalan cerita yang akan ditampilkan berbeza selain mempunyai 'twist' yang menarik.

(Sumber foto: Rozita Che Wan Instagram)

Cinema Online, 31 Mac 2020

Filem Berkaitan:
Adik Manja Returns (Malay) (20 Dec 2012)
Waktu Tayangan