Aktor Hollywood Chris Pratt memberi 'tribute' untuk Irrfan Khan | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Aktor Hollywood Chris Pratt memberi 'tribute' untuk Irrfan Khan

Penulis: Nisa Irina

Chris Pratt dan pengarah Colin Trevorrow berduka cita atas pemergian Irrfan Khan.
Chris Pratt dan pengarah Colin Trevorrow berduka cita atas pemergian Irrfan Khan.

30 Apr – Pemergian bintang Bollywood Irrfan Khan turut dirasai oleh industri perfileman Hollywood termasuk aktor Chris Pratt yang memberi 'tribute' kepada Irrfan selepas menerima berita sedih itu.

"Sedih apabila mendengar berita mengenai pemergian legenda filem Irrfan Khan yang membawa watak Masrani dalam "Jurassic World".

"Beliau merupakan seorang individu dan aktor yang menawan. Beliau akan dirindui," tulis Pratt menerusi laman Twitter.

Chris Pratt


Biarpun kedua-duanya tidak berkongsi babak yang sama dalam filem tersebut, namun sebagai rakan aktor ianya pasti meninggalkan kesan mendalam buatnya.

Selain Pratt, pengarah filem "Jurassic World" iaitu Colin Trevorrow turut merasai kehilangan Irrfan dan sama-sama memberi 'tribute' kepadanya di Twitter.

"Sangat berduka cita atas kehilangan Irrfan Khan. Seorang lelaki yang bertimbang rasa dan menemui keindahan dunia di sekelilingnya, walaupun dalam kesakitan.

"Dalam perbualan terakhir kami, dia meminta saya untuk mengingati "keindahan aspek kewujudan kita" dalam hari-hari yang gelap", tulis Colin.

Irrfan disahkan meninggal dunia pada usia 53 tahun selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kokilaben Dhirubhai Ambani, Mumbai, akibat jangkitan usus besar.

Selain "Jurassic World", Irrfan juga pernah membintangi beberapa filem Hollywood seperti "Slumdog Millionaire", "Life of Pi", "The Amazing Spider-Man" dan "The Darjeeling Limited".

(Sumber: Chris Pratt & Colin Trevorrow Twitter)
(Sumber foto: HypeMY, Insider, MostStylish)

Cinema Online, 30 Apr 2020

Waktu Tayangan