Dharmendra, Sunny dan Bobby Deol bakal kembali dalam "Apne 2" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Dharmendra, Sunny dan Bobby Deol bakal kembali dalam "Apne 2"

Penulis: Nisa Irina

Dharmendra, Sunny dan Bobby Deol kembali berkongsi skrin selepas 13 tahun.
Dharmendra, Sunny dan Bobby Deol kembali berkongsi skrin selepas 13 tahun.

27 Okt – Bintang Bollywood veteran Dharmendra dilaporkan bakal kembali ke layar perak bersama dua anaknya yang juga aktor Sunny dan Bobby Deol menerusi sekuel filem sukan "Apne".

Memetik laporan dari Times of India, difahamkan pengarah Anil Sharma, yang telah menggarap filem pertama, akan kembali mengarah "Apne 2" dan skrip juga sudah disiapkan.

Sehubungan dengan itu, pihak produksi merancang untuk memulakan penggambaran sekitar Mac atau April 2021, di beberapa lokasi serata Mumbai dan London.

Walau bagaimanapun, buat masa ini pihak produksi masih belum menentukan barisan pelakon yang lain atapun mengesahkan berita tersebut.

Terdahulu, Dharmendra telah menjayakan watak bekas peninju Baldev Chaudhary yang ingin meneruskan legasinya dengan meminta dua orang anak lelakinya, Karan dan Angad untuk sertai pertandingan tinju.

Filem itu turut dibintangi barisan pelakon lain seperti Shilpa Shetty, Katrina Kaif, Kirron Kher, Javed Singh dan ramai lagi.

Kali terakhir Dharmendra dilihat berlakon adalah menerusi filem "Shimla Mirchi", dibintangi isterinya yang juga aktres veteran, Hema Malini. Namun Dharmendra hanya muncul sebagai penampilan istimewa.

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: IMDb)

Cinema Online, 27 Okt 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan