Dia Mirza dan R. Madhavan bakal kembali dengan sekuel "Rehnaa Hai Terre Dil Mein"? | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Dia Mirza dan R. Madhavan bakal kembali dengan sekuel "Rehnaa Hai Terre Dil Mein"?

Penulis: Nisa Irina

 Hasrat para peminat untuk melihat Dia Mirza dan R. Madhavan dalam filem bakal tercapai.
Hasrat para peminat untuk melihat Dia Mirza dan R. Madhavan dalam filem bakal tercapai.

25 Jun Berita gembira buat para peminat apabila aktres Dia Mirza berkemungkinan bakal kembali berkongsi skrin dengan aktor R. Madhavan bagi menjayakan sekuel filem "Rehnaa Hai Terre Dil Mein" (2001).

Seperti yang diberitahu oleh Dia pada Mei lalu, dia tahu ramai para peminat yang ingin melihat mereka bergandingan semula di skrin lebar dan akan cuba merealisasikan permintaan mereka.

Sehubungan dengan itu, laporan terbaru menyatakan mereka akan digandingkan semula dengan membawa watak pasangan kekasih Maddy dan Reena.

"Para pembikin filem telah mengeluarkan beberapa konsep filem selama beberapa tahun lalu. Kini mereka telah menemui skrip yang menarik perhatian semua orang.

"Ia dilihat sebagai perkembangan kehidupan Maddy dan Reena. Skrip itu kini dalam proses perkembangannya yang terakhir," dedah satu sumber yang dipetik dari Filmfare.

Tambah sumber itu lagi, jika filem sekuel itu direalisasikan, maka ia akan membawa kisah Maddy dan Reena ke hadapan, yang mana ia menceritakan isu-isu dalam alam perkahwinan mereka.

Walau bagaimanapun, buat masa ini pihak penerbit Jackky Bhagnani, yang juga anak kepada Vashu Bhagnani (penerbit filem pertama), masih belum tampil untuk mengesahkan perkara berkenaan.

Biarpun kutipan filem pertama "Rehnaa Hai Terre Dil Mein" kurang memberangsangkan selepas ia ditayangkan, namun sehingga kini filem itu masih terkenal dalam kalangan belia.

(Sumber: Filmfare)
(Sumber foto: The Week & Mens XP)

Cinema Online, 25 Jun 2020

Waktu Tayangan