Buletin
Sanjay Dutt dedah faktor utama dia bersetuju bintangi "Sadak 2"


Tarikh disiarkan: 16 Januari 2020

Sanjay Dutt kembali bergandingan dengan Pooja Bhatt dalam
Sanjay Dutt kembali bergandingan dengan Pooja Bhatt dalam "Sadak 2" selepas 29 tahun.

16 Jan – Aktor veteran Sanjay Dutt bakal kembali dengan filem terbarunya iaitu "Sadak 2" yang merupakan sekuel dari filem "Sadak" pada tahun 1991.

Menurut laporan dari Bollywood Hungama, Sanjay tidak terus bersetuju apabila ditawarkan untuk membintangi filem sekuel itu selepas membintangi filem pertama hampir 30 tahun lalu, sebaliknya dia meletakkan satu syarat yang mana Mahesh Bhatt perlu mengarah filem itu.

Terdahulu, Sanjay memberitahu dia berbincang dengan Pooja Bhatt mengenai filem sekuel yang dibintangi mereka dan sejak itu pembikinan skrip filem itu mula dilakukan yang mana Mahesh Bhatt pada mulanya hanya bertindak sebagai penulis skrip.


Bagaimanapun selepas Sanjay meletakkan syarat untuk Mahesh mengarah filem itu atau dia tidak membintanginya, pembikin filem tersohor itu terpaksa akur dan ia menyaksikan Mahesh kembali duduk di bangku pengarah selepas dua dekad.

Dalam pada itu, penggambaran filem "Sadak 2" itu sudah pun berada di penghujung dan Sanjay nyata kagum dengan Mahesh yang masih lagi 'berbisa' ketika beraksi sebagai pengarah walaupun sudah lama tidak berbuat demikian.

Selain Sanjay dan Pooja, filem ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Alia Bhatt, Aditya Roy Kapur, Raj Kumar Bhutani, Gulshan Grover dan ramai lagi.

"Sadak 2" bakal menemui penonton pada 10 Julai 2020.

(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: DNA India)

Penulis: Ashraf Nasser






Ticket Pricing Guide