Eizlan Yusof terkilan dengan sikap sambil lewa pelakon baru | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Eizlan Yusof terkilan dengan sikap sambil lewa pelakon baru

Penulis: Ashraf Nasser

Eizlan Yusof tak iri hati dengan populariti pelakon baru sebaliknya mahu bantu mereka kukuhkan nama dalam industri seni.
Eizlan Yusof tak iri hati dengan populariti pelakon baru sebaliknya mahu
bantu mereka kukuhkan nama dalam industri seni.

13 Jul – Pelakon dan pengarah Datuk Seri Eizlan Yusof meluahkan rasa terkilanya terhadap sikap segelintir pelakon baru yang tidak ambil serius dan sambil lewa terhadap kerjaya lakonan mereka walaupun ditegur.

"Mereka beruntung kerana industri hari ini memberi peluang kepada ramai muka baru untuk menjadi teraju utama filem dan drama. Ini berbeza dengan situasi kami dahulu yang hanya mampu memegang watak pembantu dan teraju utama biasnaya diserahkan kepada pelakon senior.

"Saya pernah menegur seorang pelakon agar menggunakan peluang yang ada dengan mengasah bakat dan timba seberapa banyak ilmu yang boleh. Saran itu bagaimanapun disambut dingin," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Tambah pelakon "Mat Moto Otai" ini lagi, tujuannya menegur bukan kerana suka-suka atau iri hati, tetapi mahu membantu mereka untuk memantapkan lagi lakonan mereka.

Eizlan turut menasihati pelakon generasi baru ini supaya tidak terlalu hanyut dibuai populariti segera yang dikecapi kerana ia bukanlah jaminan untuk mereka bertahan lama dalam industri seni tanah air.

Dalam perkembangan lain, Eizlan baru sahaja muncul dengan filem seram terbarunya berjudul "Town Mall" yang ditayangkan di saluran Astro First pada 25 Jun lalu yang mana dia bukan sahaja berlakon tetapi juga bertindak sebagai pengarah.

Selain Eizlan, filem itu turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Reen Rahim, Intan Ladyana, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Ery Putra dan Nor Albaniah.

(Sumber foto: HMetro)

Cinema Online, 13 Jul 2020

Filem Berkaitan:
Mat Moto Otai (Malay) (06 Oct 2016)
Town Mall (Malay) (01 Oct 2020) [Trailers]
Paskal The Movie (Malay) (27 Sep 2018)


Waktu Tayangan