Erma Fatima setuju arah "Juang" kerana ia naskhah dekat dengan rakyat Malaysia | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Erma Fatima setuju arah "Juang" kerana ia naskhah dekat dengan rakyat Malaysia

Penulis: Ashraf Nasser

Erma Fatima berbesar hati dapat terlibat dalam pembikinan sebuah filem mega "Juang".
Erma Fatima berbesar hati dapat terlibat dalam pembikinan sebuah filem mega "Juang".

28 Sep – Pengarah, penerbit dan pelakon tersohor tanah air, Erma Fatima bakal muncul dengan sebuah filem mega terbaru arahannya berjudul "Juang" yang akan diterbitkan oleh tiga buah produksi iaitu Suhan Movies & Trading, Tropical Films dan The Film Engine.

Bagaimanapun, bukan Erma sahaja yang akan mengarah filem ini sebaliknya dia akan bersama lima pengarah hebat lain akan menggalas tanggungjawab sebagai pengarah iaitu Aziz M Osman, Matt Lai, Kabir Bhatia, Osman Ali dan Yusry Abdul Halim.

Menurut Erma, dia bersetuju untuk terlibat dalam filem "Juang" kerana sangat tertarik dengan jalan ceritanya yang dekat dengan masyarakat Malaysia.

"Filem yang berlatarbelakangkan ketika negara dilanda pandemik COVID-19 ini berkisarkan mengenai barisan hadapan seperti petugas kesihatan, polis, tentera, penghantar makanan dan kakitangan syarikat penerbangan dalam perjuangan mereka tersendiri sepanjang tempoh getir itu," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Filem yang akan menelan belanja sekitar RM6 juta ini akan diterajui oleh tiga pelakon utama iaitu Zizan Razak, Zul Ariffin dan Jack Lim.

Untuk makluman semua, filem ini bakal menjadi salah sebuah filem berskala besar pernah dihasilkan kerana ia membabitkan sebanyak 100 pelakon dan 200 tenaga kerja produksi.

Sementara itu, butiran lanjut mengenai filem ini masih belum didedahkan ketika pelancaran kerana ia masih dalam proses pra produksi dan akan diumumkan dari semasa ke semasa.

(Sumber foto: Erma Fatima Instagram)

Cinema Online, 28 Sept 2020

Filem Berkaitan:
DIVA POPULAR (Melayu) (24 Okt 2006)
Upin Dan Ipin: Jeng Jeng Jeng! (Melayu) (24 Nov 2016)
EMBUN (Melayu) (01 Ogos 2002)


Waktu Tayangan