"Escape" ditunda ke satu tarikh yang baru | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

"Escape" ditunda ke satu tarikh yang baru

Penulis: Ashraf Nasser


Kenyataan yang dimuat naik oleh pihak produksi "Escape"
mengenai penundaan tayangan filem itu.

12 Mac – Ketika ini ramai penerbit-penerbit filem tempatan dalam keadaan bimbang kerana takut filem mereka tidak laku berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan di negara ini.

Tidak mahu mengambil risiko, penerbit dan pengarah filem aksi "Escape" telah mengambil keputusan untuk menunda tayangan filem itu yang sepatutnya ditayangkan pada 26 Mac ini kepada satu tarikh baru yang akan diumumkan kelak.

Menurut pengarahnya iaitu Ikhwansha Hazer, dia dan penerbit iaitu Dreamland Productions Sdn Bhd dan DMY Creation bersetuju untuk tunda demi kebaikan filem mereka.

"Kami menangguh tayangan filem dahulu selepas melihat situasi penularan virus COVID-19 semakin membimbangkan.

"Selepas diteliti, mendengar pandangan dan nasihat beberapa pihak, kami mengambil keputusan menundakan tarikh tayangan filem "Escape". Tarikh belum ditetapkan," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Filem yang berkisarkan mengenai tentang seorang lelaki bernama Adam yang diculik dan dikurung dalam sebuah bilik misteri selepas dia dituduh sebagai pengganas.

Ia dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Kamal Adli, Elizabeth Tan, Amar Asyraf, Zamarul Hisyam, Pablo Amirul dan ramai lagi.

(Sumber foto: Escape 2020 Facebook)

Cinema Online, 12 Mac 2020

Filem Berkaitan:
Escape (Malay) (Undated)


Waktu Tayangan