Farid Kamil dijatuhi hukuman penjara 13 bulan | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Farid Kamil dijatuhi hukuman penjara 13 bulan

Penulis: Ashraf Nasser

Mahkamah benarkan Farid Kamil tangguh hukuman penjara sementara peguamnya memfailkan rayuan.
Mahkamah benarkan Farid Kamil tangguh hukuman penjara sementara peguamnya
memfailkan rayuan.

3 Jun – Pelakon dan pengarah popular Datuk Farid Kamil telah dijatuhi hukuman penjara selama 13 bulan susulan tindakannya melakukan kekerasan dan melontarkan perkataan kesat terhadap seorang anggota polis dua tahun lalu.

Menurut laporan dari Bernama, hukuman itu diputuskan oleh Majistret Nor Ariffin Hisham yang mana selain dikenakan hukuman penjara 13 bulan kerana melakukan kekerasan, Farid juga dijatuhi hukuman empat bulan lagi atas pertuduhan mengeluarkan perkataan tidak sopan.

Mahkamah kemudian telah memerintahkan Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari menjalani kedua-dua hukuman penjara itu serentak bermula semalam, tetapi berasingan dengan hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan terhadap Farid sebelum ini bagi kesalahan menggunakan dadah jenis ganja.

"Selepas meneliti dan menilai keterangan dikemukan pihak pembelaan, mahkamah juga melihat secara keseluruhan dan membaca hujahan pendakwaan dan pembelaan.

"Oleh itu, mahkamah mendapati Farid Kamil bersalah dan dihukum penjara 13 bulan bagi kesalahan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan penjara empat bulan bagi Seksyen 90 Akta Polis dan kedua-dua hukuman terbabit berjalan serentak," ujar Nor Ariffin.

Pada masa sama pihak mahkamah turut memerintahkan suami kepada pelakon Diana Danielle itu untuk membayar kos pendakwaan sebanyak RM5,000 dan jika gagal membayar kos berkenaan dia perlu jalani hukuman penjara enam bulan.

Dalam pada itu, pelakon berusia 39 tahun itu mendapat kebenaran daripada mahkamah untuk menangguhkan pelaksaaan hukuman penjara dengan jaminan RM10,000 sementara peguamnya memfailkan rayuan.

(Sumber foto: Farid Kamil Instagram)

Cinema Online, 03 Jun 2020

Filem Berkaitan:
Tombiruo: Penunggu Rimba (Malay) (12 Oct 2017)
J Revolusi (Malay) (02 Mar 2017)
LAGENDA BUDAK SETAN (Malay) (03 Jun 2010)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, CLICK HERE
Waktu Tayangan