Nora Fatehi dedah kehidupan sebelum bergelar selebriti | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Nora Fatehi dedah kehidupan sebelum bergelar selebriti

Penulis: Nisa Irina

Nora Fatehi pernah bekerja sebagai pelayan restoran.
Nora Fatehi pernah bekerja sebagai pelayan restoran.

7 Apr – Setiap selebriti mempunyai kehidupan tersendiri sebelum menceburi industri hiburan, begitu juga dengan aktres dan penyanyi Nora Fatehi yang mencipta nama sejak 2014.

Menurut aktres kelahiran Kanada ini, pendapatannya bersama keluarga tidak seberapa dan terpaksa melakukan kerja sampingan ketika bersekolah tinggi untuk menampung perbelanjaan mereka.

"Kerja pertama saya adalah sebagai pembantu jualan di sebuah kompleks beli belah bersebelahan sekolah tinggi saya jadi selepas tamat waktu sekolah saya terus ke sana.

"Saya terpaksa bekerja kerana terdapat pelbagai isu kewangan yang berlaku dalam keluarga saya dan saya perlu bangkit dan mencari nafkah," ujarnya yang dipetik dari Hindustan Times.

Tambahnya lagi, selain bekerja di kedai pakaian, dia turut bekerja sebagai pelayan restoran dan menjadi jurujual telekomunikasi.

"Saya bekerja atas dasar komisyen. Saya pernah juga bekerja di McDonalds. Macam-macam yang saya lakukan dulu," katanya.

Kini Nora dilihat semakin berjaya mencipta nama dengan sejumlah siri televisyen dan filem-filem besar seperto "Baahubali: The Beginning", "Kick 2", "Bharat", "Batla House" dan "Marjaavaan".

Kali terakhir dia beraksi di layar perak adalah menerusi filem arahan Remo D'Souza, "Street Dancer 3D". Terbaru, Nora bakal tampil dengan filem sejarah terbaru "Bhuj: The Pride of India".

(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: Magzter)

Cinema Online, 07 Apr 2020

Waktu Tayangan