Fathia Latiff bersyukur kembali diberi kepercayaan untuk berlakon | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Fathia Latiff bersyukur kembali diberi kepercayaan untuk berlakon

Penulis: Nisa Irina

Fathia Latiff akui tidak berasa kekok untuk kembali ke set penggambaran.
Fathia Latiff akui tidak berasa kekok untuk kembali ke set penggambaran.

9 Jul – Sekian lama kelibatnya tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Fathia Latiff meluahkan rasa syukur kerana dilimpahkan rezeki tawaran berlakon apabila mengumumkan dirinya sudah kembali bertudung.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, akan ditampilkan dalam drama bersiri terbaru, "Dayang Senandung" terbitan Zeel Production, yang diterajui oleh penyanyi dan pelakon Wani Kayrie serta Scha Elinnea.

"Alhamdulillah, selepas hampir dua tahun saya diberikan peluang dan rezeki untuk berlakon semula. Walaupun dah lama tak masuk set penggambaran tetapi perasaan kekok tak ada.

"Mungkin sebab saya dah kenal semua kru produksi dan barisan pelakon pun sangat baik. Saya nak perbaiki lakonan supaya jadi lebih baik.

"Saya tak sangka pelakon baru seperti Wani dan Scha berbakat besar dalam dunia lakonan. Lakonan mereka lagi bagus daripada saya yang dah bertahun-tahun dalam bidang ini," katanya yang dipetik dari mStar Online.

Dalam pada itu, Fathia turut menegaskan bahawa dia tidak akan ambil pusing terhadap kecaman atau kata-kata berbaur negatif yang dilemparkan oleh orang ramai mengenai kontroversi terdahulu.

"Lebih baik saya hargai dan fokus kepada orang yang memberi kata-kata positif. Perkara yang terjadi sebelum ini sudah pun berlalu. Saya tak mahu pandang ke belakang dan apa yang penting adalah kehidupan saya pada masa hadapan," katanya.

Seperti yang dilihat menerusi laman Instagram, pelakon filem "Darah Panas" itu sibuk memberi fokus terhadap perniagaan tudung Nona Manis by FL, yang dilancarkan sejak awal tahun lalu.

(Sumber foto: Fathia Latiff Instagram)

Cinema Online, 09 Jul 2020

Filem Berkaitan:
Darah Panas (Malay) (04 Jun 2015)
Nasi Lemak 2.0 (Mandarin) (08 Sep 2011)
Al-Hijab (Malay) (06 Oct 2011)


Waktu Tayangan