Fatima Sana Sheikh kekalkan keaslian dalam lakonan | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Fatima Sana Sheikh kekalkan keaslian dalam lakonan

Penulis: Nisa Irina

Fatima Sana Sheikh cuba berlakon secara spontan dalam filem barunya.
Fatima Sana Sheikh cuba berlakon secara spontan dalam filem barunya.

31 Mac – Pernah menjadi pelakon kanak-kanak lebih dua dekad lalu, aktres Fatima Sana Sheikh memberitahu dia menyedari akan perbezaan gaya lakonannya dari tahun ke tahun.

Sewaktu bergelar pelakon kanak-kanak, Fatima telah membintangi beberapa filem seperti "Ishq", "Chachi 420", "Bade Dilwala" dan "One 2 Ka 4".

"Ketika usia kanak-kanak, apa yang dizahirkan dalam lakonan sangat asli dan datang dari hati. Kini apabila meningkat dewasa, kita perlu berusaha untuk mengekalkan sifat-sifat itu.

"Apabila saya ditawarkan untuk membintangi "Suraj Pe Mangal Bhaari", saya sudah menjangka yang saya perlu mengekalkan keaslian watak itu seperti yang sepatutnya.

"Ketika di set penggambaran, saya nampak bagaimana rakan pelakon lain bersikap spontan dalam lakonan mereka dan perkara itu membangkitkan semangat saya," ujarnya menerusi Times of India.

Seperti yang diberitahu lagi, filem komedi arahan Abhishek Sharma itu turut mengajarnya untuk berlakon secara spontan dan pelbagai perkara baru.

Diterbitkan oleh Zee Studios, "Suraj Pe Mangal Bhaari" turut dibintangi oleh Diljit Dosanjh, Manoj Bajpayee, Rohit Roy dan Neha Pendse. Ia dijangka untuk dirilis di pawagam pada tahun ini.

Beralih ke perkembangan lain, Fatima juga akan membintangi filem komedi gelap antologi "Ludo" arahan Anurag Basu, yang turut membariskan pelakon seperti Abhishek Bachchan, Aditya Roy Kapur, Rajkummar Rao dan ramai lagi.

Pada asalnya "Ludo" akan ditayangkan di pawagam pada 27 Disember 2019, namun pembikin filem itu bersetuju untuk menundanya ke tarikh baru iaitu 24 April 2020.

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Fatima Sana Sheikh Instagram)

Cinema Online, 31 Mac 2020


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan