Fattah Amin lancarkan francais restoran Meat Cartel | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Fattah Amin lancarkan francais restoran Meat Cartel

Penulis: Nisa Irina

Fattah Amin gembira dapat menjayakan projek francais restoran Meat Cartel.
Fattah Amin gembira dapat menjayakan projek francais restoran Meat Cartel.

25 Jun – Pelakon Fattah Amin telah melancarkan francais restoran makanan barat Meat Cartel bersama lima rakan kongsi di salah satu cawangan restoran itu di Kota Damansara, Petaling Jaya, pada Rabu.

"Setelah beberapa tahun menimba pengalaman dalam bidang pengurusan makanan dan minuman (F&B). Hari ini, secara rasminya kami melancarkan francais 'smoked bbq' dengan jenama - Meat Cartel.

"Terima kasih kepada semua rakan-rakan media yang sudi hadir untuk turut serta bersama kami. Saya bersama kumpulan saya telah bekerja keras untuk projek istimewa ini sejak tahun lepas.

"Alhamdulillah, kami berjaya mengharungi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekarang kami bersedia untuk mengembangkan francais Meat Cartel ke aras baru!" tulisnya di Instagram.

Sehubungan dengan itu, Fattah turut berkongsikan foto bersama rakan kongsi Meat Cartel dan beberapa francais restoran yang terletak di Kampung Baru, Bangi, Subang dan Johor Bahru.

 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Setelah beberapa tahun menimba pengalaman dalam bidang F&B. Today, we have officially launched a smoked bbq franchise with a brand name of - Meat Cartel. . . Terima kasih kepada semua rakan-rakan media yang sudi hadir untuk turut serta bersama kami. My team and I have worked tirelessly on this special project since last year. Alhamdulillah, kami berjaya survive PKP dan sekarang ready untuk grow and take Meat Cartel to a new height! . . Group photo bersama the Meat Cartel partners and first few franchisees yang terdiri daripada Kg Baru, Bangi, Subang dan Johor Bahru. To everyone out there yang berminat untuk membuka franchise Meat Cartel anda, do contact us and we would be delighted to welcome you in our Meat Cartel family! @meatcartelbbq @meatcartel.kotadamansara @meatcartelsubest

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

Selain itu, restoran berkenaan turut menyediakan khidmat penghantaran menerusi tempahan yang dibuat oleh para pelanggan secara dalam talian.

Terdahulu, pelakon filem "KL Special Force" itu juga telah membuka sebuah kafe makanan barat iaitu Stalkers Café bertempat Kota Damansara, Petaling Jaya, yang mula beroperasi sejak Oktober 2016.

Dalam perkembangan lain, Fattah bakal kembali di layar perak menerusi sebuah filem seram berjudul "Miimaland" arahan Nevin Hiong dan filem biografi sejarah "Mat Kilau" arahan Syamsul Yusof

(Sumber foto: Fattah Amin Instagram)

Cinema Online, 25 Jun 2020

Filem Berkaitan:
Miimaland (Malay) (Not Showing)
KL Special Force (Malay) (08 Mar 2018) [Showtimes] [Trailers]
Manisnya Cinta Di Cappadoccia (Malay) (11 Dec 2014)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, CLICK HERE
Waktu Tayangan