Filem cereka pertama Feisk Productions "Temenggor" tayang tahun ini | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Filem cereka pertama Feisk Productions "Temenggor" tayang tahun ini

Penulis: Nisa Irina

Salah seorang pelakon utama
Salah seorang pelakon utama "Temenggor", Amir Rahim, yang merupakan
graduan Akademi Filem New York.

16 Jul - Selepas tampil dengan filem seram "Suraya" awal tahun lalu, kini syarikat produksi Feisk Productions bakal mengeluarkan sebuah lagi filem cereka drama epik berjudul "Temenggor".

Seperti yang dimaklumkan oleh Feisk Productions, filem pendek "Temenggor" (2017) merupakan permulaan kepada filem cerekanya yang dijangka tayang tahun ini.

Buat pengetahuan lanjut, "Temenggor" merupakan filem cereka pertama arahan Feisal Azizuddin sebelum "Suraya", namun "Suraya" telah diangkat ke layar perak terlebih dahulu.


"Kami bekerja keras untuk menghasilkan filem ini. Untuk menghasilkan sebuah filem sejarah fantasi berbajet rendah adalah sangat sukar, tetapi kami meneruskannya atas dasar minat terhadap filem," tulis Feisal menerusi Twitter.

Terdahulu, filem pendek "Temenggor" berjaya melakar sejarahnya sendiri apabila ia mendapat pengiktirafan di Festival Filem Pendek South East Asia 2018.

Walau bagaimanapun, buat masa ini Feisk Productions masih belum mendedahkan tarikh tayangan mahupun platform yang bakal digunakan untuk menayangkan filem tersebut.

Dalam perkembangan lain, Feisal turut memaklumkan di laman Twitter yang kini produksinya sedang menjalankan penggambaran sebuah filem cereka terbaru berjudul "Kabus".

(Sumber foto: Feisk Productions Facebook)

Cinema Online, 16 Jul 2020

Waktu Tayangan