Buletin
Fikry Ibrahim cebur dunia perniagaan Go Eat


Tarikh disiarkan: 20 Januari 2020

Fikry Ibrahim sasar tamatkan zaman bujang sebelum usia 30.
Fikry Ibrahim sasar tamatkan zaman bujang sebelum usia 30.

20 Jan – Selepas berjaya mengukuhkan namanya dalam dunia seni, pelakon Fikry Ibrahim kini melebarkan sayapnya ke dunia perniagaan pula apabila mengasaskan perniagaan Go Eat bersama Datuk Khairil Muzamil Abdul Rahman.

"Saya berharap dengan perlancaran aplikasi ini, bisnes terbaru yang diusahakan untuk membantu golongan muda serta ibu tunggal untuk menjana pendapatan lumayan setiap bulan mencapai sasaran.

"Untuk permulaan, aplikasi ini bakal bermula di Cyberjaya untuk tempoh beberapa bulan, kemudian akan menakluk seluruh kawasan Lembah Klang dan seluruh negeri," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.


Menurut Fikry, idea untuk memulakan perniagaan perkhidmatan Go Eat ini tercetus selepas melihat ramai orang menjalankan perniagaan dari rumah belum berjaya walaupun menawarkan makanan yang sedap.

Oleh itu dia mahu menyediakan satu platform penghantaran untuk membantu golongan itu dan berharap insiatifnya akan berjaya.

Dalam pada itu, Fikry berkata dia enggan memikirkan soal jodoh lagi buat masa ini kerana mahu fokus pada kerjaya seni dan perniagaan terlebih dahulu.

Fikry bagaimanapun meletak sasaran untuk mendirikan rumah tanggan sebelum usianya mencecah 30 tahun.

(Sumber foto: Fikry Ibrahim Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser






Ticket Pricing Guide