"Daulat" bakal dirilis di iFlix secara percuma | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

"Daulat" bakal dirilis di iFlix secara percuma

Penulis: Nisa Irina


"Daulat" papar sisi gelap dunia politik.

1 Apr – Pembikin filem thriller politik dinanti-nanti ramai "Daulat" akhirnya mengumumkan bahawa filem itu bakal dirilis secara percuma menerusi laman penstriman video tempatan iFlix pada 6 April ini.

"Filem ini tiada tapisan dan tiada potongan seratus peratus, asli dan mempunyai kata-kata kesat," seperti yang ditulis menerusi laman Twitter filem "Daulat".

Sedikit butiran, "Daulat" merupakan filem thriller politik pertama yang dihasilkan di Malaysia, memaparkan tentang realiti dunia gelap dan permainan politik yang penuh muslihat.


Sejak treler 'teaser' filem itu dikeluarkan pada tahun lalu, rata-rata peminat filem tegar tanah air memberi maklum balas positif di laman sosial.

Filem ini menggabungkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Tony Eusoff, Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Christina Suzanne, Zul Zamir dan Jasmine Suraya.

"Daulat" berkisar mengenai presiden MUNA, Hassan Banna, yang mengambil keputusan melantik Suri, anak didik politik beliau sebagai timbalan presiden parti setelah mengalami kekalahan dalam pilihanraya umum.

Suri, dilihat sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan matlamatnya tercapai, termasuklah memastikan MUNA memenangi kembali pilihanraya umum seterusnya walau dengan apa jua cara sekalipun.

Jangan terlepas untuk menonton filem "Daulat" di iFlix yang ditayangkan secara eksklusif pada 6 April ini!

(Sumber foto: Daulat Movie Twitter)

Cinema Online, 01 Apr 2020


Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, CLICK HERE

Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan