Filem "Jebat" ditayangkan di saluran TV berbayar | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Filem "Jebat" ditayangkan di saluran TV berbayar

Penulis: Ashraf Nasser

Salah satu babak antara Jebat dan Mastura dalam "Jebat".
Salah satu babak antara Jebat dan Mastura dalam "Jebat".

28 Ogos – SSelepas drama bersiri "Bukan Kerana Aku Tak Cinta" pada tahun 2013 mencetuskan fenomenanya tersendiri, penerbit akhirnya telah mengangkat drama itu ke layar perak menerusi filem "Jebat".

Bagaimanapun, filem itu tidak akan ditayangkan di layar perak sebaliknya ditayangkan di saluran berbayar Astro First pada 3 September ini akan menyaksikan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose akan kembali menghidupkan watak asal mereka iaitu Jebat dan Mastura.

"Saya rasa sungguh teruja untuk persembahkan filem terbitan pertama Pena Creative Pictures yang akan menemui penonton mulai 3 September ini.

"Menariknya, Jebat melibatkan kerjasama oleh tenaga-tenaga produksi yang hebat seperti Pengarah Fotografi Terbaik Festival FIlem Malaysia ke-28, Haris Hue Abdullah dan Editor Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27, Muhamad Adilan Azemi serta barisan pelakon hebat.

"Saya harap kehadiran file mini dapat mengubati rindu peminat pada drama itu serta watak Jebat dan Mastura," ujar Penerbit Eksekutif Filem "Jebat" iaitu Dato' Ziela Jalil.

Selain Sharnaaz dan Nelydia, filem arahan Jamal Khan ini turut dibintangi pelakon popular lain seperti Peter Davis, Carmen Soo, Sangeeta Krishnasamy, Idris Khan, Louisa Chong, Yap Chin Fong dan Rahim Omar

Ia menceritakan Jebat dan Mastura yang sedang berbulan madu di luar negara berdepan situasi tidak disangka yang membuatkan Jebat mula risau. Dia yakin ada sesuatu yang tidak kena. Sebaik tiba di Malaysia, mereka masih diekori.

Bagi melindungi Mastura, dia terpaksa kembali ke sarang gengstar yang telah lama dia tinggalkan dan mendapati ada pihak yang ingin membunuhnya.

Cinema Online, 28 Ogos 2020

Filem Berkaitan:
Jebat (Melayu) (Undated)
Waktu Tayangan