FINAS buka penyertaan Oscars ke-93 kepada filem tempatan | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

FINAS buka penyertaan Oscars ke-93 kepada filem tempatan

Penulis: Ashraf Nasser

Mampukah filem Malaysia berjaya tembusi finalis Oscars ke-93?
Mampukah filem Malaysia berjaya tembusi finalis Oscars ke-93?

12 Ogos – Kepada penerbit-penerbit filem tempatan yang ingin membawa filem terbitan mereka ke tahap tertinggi boleh menghantar penyertaan filem mereka untuk mewakili Malaysia bagi bersaing di Anugerah Akademi ke-93 (Oscars).

Pengumuman mengenai penyertaan itu diumumkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di laman sesawang rasmi yang menyatakan filem yang akan mewakili Malaysia akan bersaing dalam kategori Filem Cereka Antarabangsa.

Bagi penerbit yang berminat boleh menghantar penyertaan mereka kepada Jawatankuasa Pemilihan Filem FINAS iaitu marketing@finas.my.

Penyertaan hendaklah dihantar sebelum atau pada 14 September 2020.

Untuk butiran lanjut mengenai syarat yang perlu dipenuhi boleh layari laman sesawang rasmi FINAS.

Filem manakah yang akan mewakili Malaysia? Nantikan perkembangan terbaru dari Cinema Online.

(Sumber foto: shootonline)

Cinema Online, 12 Ogos 2020


Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, CLICK HERE
Waktu Tayangan