FINAS serah Dana Kandungan Digital bernilai RM7.8 juta pada syarikat produksi | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

FINAS serah Dana Kandungan Digital bernilai RM7.8 juta pada syarikat produksi

Penulis: Ashraf Nasser

 Pengerusi dan CEO FINAS ketika majlis penyerahan surat tawaran Dana Kandungan Digital (DKD) kepada 23 syarikat produksi.
Pengerusi dan CEO FINAS ketika majlis penyerahan surat tawaran Dana Kandungan Digital (DKD) kepada 23 syarikat produksi.
16 Jul - Selepas proses penilaian yang dilakukan Jun lepas, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akhirnya telah memilih 23 buah syarikat produksi untuk menyerahkan surat tawaran Dana Kandungan Digital (DKD) yang bernilai RM7.8 juta.

Menurut Pengerusi FINAS iaitu Zakaria Abdul Hamid, pemberian dana itu bertujuan membantu industri seni sekaligus merancakkan semula ekonomi penggiat seni yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

"Kita yakin dengan pemberian dana ini, ia dapat membuka peluang perniagaan dan pendapatan, terutama kepada pekerja di belakang tabir yang sebelum ini terjejas teruk.

"Olhe itu, kita berharap agar semua penerima surat tawaran ini dapat memulakan dengan segera kerja-kerja penggambaran," ujarnya kepada Bernama.

Pemberian dana ini akan berlangsung dalam dua fasa yang mana untuk fasa pertama adala untuk produksi drama dan dokumentari, manakala fasa kedua yang akan diberikan nanti adalah melibatkan produksi filem.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS iaitu Ahmad Idham Ahmad Nadzri pula berkata, setiap penerima dana DKD itu akan dipantau dari semasa ke semasa supaya ia tidak disalah guna.

Pemantauan itu akan dijalankan oleh jawatankuasa FINAS.

(Sumber foto: FINAS Facebook) Cinema Online, 16 Jul 2020

Waktu Tayangan