FINAS pandang serius kes pengubahan wang haram babitkan artis | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

FINAS pandang serius kes pengubahan wang haram babitkan artis

Penulis: Ashraf Nasser

Zakaria berkata pihak FINAS akan beri kerjasama dengan pihak berkuasa.
Zakaria berkata pihak FINAS akan beri kerjasama dengan pihak berkuasa.

24 Okt – Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Zakaria Abdul Halim berkata pihaknya memandang serius kes pengubahan haram, perjudian dalam talian dan sindiket pelacuran yang membabitkan artis yang kini sedang hangat diperkatakan.

"FINAS mengambil maklum akan isu semasa melibatkan aktiviti pengubahan wang haram, perjudian dalam talian dan sindiket pelacuran yang dikaitkan dengan beberapa penggiat industri kreatif. FINAS memandang serius akan isu tersebut demi memastikan nama baik industri kreatif terpelihara.

"FINAS mengingatkan kepada semua pihak terutamanya pengguna laman media sosial agar tidak bertindak secara serkap jarang dalam membuat sebarang kenyataan yang boleh menjatuhkan kredibiliti penggiat seni kreatif," ujarnya.

Berikutan itu, FINAS akan memberi kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya selaras dengan sistem perundangan negara.

Malah FINAS juga sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa bagi menangani isu tersebut.

Dalam pada itu, Zakaria berkata pihaknya sentiasa terbuka dan mengalu-alukan sebarang aduan serta pandangan daripada mana-mana pihak demi kebaikan industri.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Unit Komunikasi Korporat FINAS.

(Sumber foto: Zakaria Abdul Hamid Facebook)

Cinema Online, 24 Okt 2020

Waktu Tayangan