FINAS tubuh jawatankuasa sementara bantu industri muzik | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

FINAS tubuh jawatankuasa sementara bantu industri muzik

Penulis: Ashraf Nasser

FINAS komited dalam membantu penggiat seni tempatan yang terjejas.
FINAS komited dalam membantu penggiat seni tempatan yang terjejas.

10 Jul – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) terus komited membantu golongan penggiat seni yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 baru-baru ini.

Selain industri filem, FINAS juga amat prihatin terhadap industri muzik dan telah menubuhkan satu jawatankuasa sementara industri muzik bagi membantu mereka yang terjejas.

Keputusan untuk menubuhkan jawatankuasa itu telah dibuat pada mesyuarat ahli perbadanan yang diketuai Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid semalam selepas menerima memorandum dari persatuan muzik pada 7 Julai lalu.

Dalam mesyuarat itu, FINAS turut memutuskan untuk melanjutkan tempoh pengecualian syarat permohonan lesen pengeluaran filem kepada penerbit filem, bagi Sabah dan Sarawak untuk tempoh 2 tahun bermula 2 Oktober 2020 sehingga 1 Oktober 2022

"Pengecualian dari pemohon lesen mendaftarkan perniagaan sebagai Syarikat Sdn Bhd, pengecualian dari syarat modal berbayar sebanyak RM50,000.

"Pengecualian dari berdaftar dengan persatuan-persatuan perfileman, pengecualian keahlian persatuan perfileman. Bagaimanapun, syarat sedia ada adalah kekal kepada pemohon yang ingin menerbitkan filem cereka untuk tayangan di pawagam," kata kenyataan itu.

(Sumber foto: Xtra)

Cinema Online, 10 Jul 2020

Waktu Tayangan