Fizi kesal dan mohon maaf atas keterlanjuran katanya | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Fizi kesal dan mohon maaf atas keterlanjuran katanya

Penulis: Ashraf Nasser

 Fizi akui menyesal dan memohon maaf kepada Upin dan Ipin.
Fizi akui menyesal dan memohon maaf kepada Upin dan Ipin.

3 Jun – Selepas peminat siri animasi "Upin & Ipin" mendesak watak Fizi tampil membuat permohonan maaf susulan kontroversi dalam episod "Syahdunya Syawal" yang ditayangkan di Indonesia baru-baru ini, Fizi akhirnya tampil berbuat demikian.

Video permohonan maaf Fizi itu telah dimuat naik oleh Les' Copaque Production Sdn Bhd di semua laman sosial rasmi mereka petang semalam.

Menerusi video tersebut, Fizi mengakui menyesal dengan ketelanjuran katanya kepada rakannya iaitu Upin dan Ipin.

"Saya Fizi. Berdirinya di sini untuk memohon maaf pada Upin dan Ipin. Fizi tak sengaja salah cakap hari itu.

"Lepas kena cubit dengan Mail, Fizi dah insaf. Jadi, janganlah marah Fizi lagi. Fizi sedih," ungkapnya.

Dalam video itu turut memaparkan Fizi membuat permohonan maaf itu menerusi panggilan video yang mana Upin dan Ipin sudah lama memaafkan Fizi dan berkata 'kita kan sahabat selamanya'.

Terdahulu, watak Fizi dikecam hebat dalam episod yang ditayangkan pada Hari Raya lalu berikutan melontarkan dialog yang menyentuh persoalan di mana syurga untuk anak yatim.

Diharap dengan permohonan maaf oleh Fizi ini diterima oleh peminat, tambahan pula kita kini masih lagi dalam bulan Syawal yang mulia oleh itu marilah kita sama-sama bermaaf-maafan.

Cinema Online, 03 Jun 2020

Filem Berkaitan:
Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal (Malay) (21 Mar 2019)
GENG: PENGEMBARAAN BERMULA (Malay) (12 Feb 2009)


Waktu Tayangan